Pages

30 Mac 1999 - 30 Mac 2021



Al Fatihah

Genap 22 Tahun aku hidup tanpa abah..

Rindu

Walaupon kerapkali bergaduh jugak dengan abah dulu -__-

Alhamdullilah, aku masih lagi berpeluang mendengar suara mak lagi, nak menatap muka mak pon, dah berapa bulan tak dapat balik kampong disebabkan pkp ni.. Moga mak terus diberikan kesihatan yang baik supaya berkat doa seorang ibu masih lagi mampu aku milik.. Aaminnn..

Hari Pertama Bekerja Ketika PKP 2.0

 




PKP 2.0 telah diumumkan!..

Aku bekerja sama saja macam PKPB, dua hari seminggu datang opis..selebihnya bekerja dari rumah.. ramai orang cakap orang gomen suka PKP sebab gaji penuh walaupun tak kerja..amboi sangat tu.. aku lagi suka pergi kerja, dok rumah, boleh naik darah tinggi ku..hahahha..

So, hari ni hari pertama aku kerja selepas diumumkan PKP 2.0. Nasib baik terjumpa satu je sekatan jalan raya, dan paling best, polis tu bagi lepas je, tak sama masa PKP yang dulu-dulu, jenuh ngadap jem..

Wang Tidak Dituntut (WTD)

 Assalamualaikum



Wang Tak Dituntut (WTD) ni dah lama kan.. aku pernah check ye ada ke idok duit aku yang tak dituntut...dan ye ada, duit insurans.. aku tak tahu dari mana datang benda ni.. mungkin insurans kereta kot.. tapi masa tu aku tak tahu camna nak tuntut.. maka diamkan je la .. nilai pon rm 54 hengget jeee..dan lepas tu lupa terus

tapi hari ni dok godek-godek nak cari benda lain, sekali terjumpa pulak entry kat blog pasal WTD ni..aku sesaje gatal log in kat eGUMIS -> https://egumis.anm.gov.my/ .. eh lepas tu ada lak bagitau cara-cara nak tuntut..




Click pendaftaran


isi maklumat semua..pastu log in balik dan isi maklumat tambahan..



Click di wang tidak dituntut.. cari menggunakan no kad pengenalan.. tu aku dah try carik untuk laki aku, tak boleh nak tolong orang lain check.. hihih

kalau ada nanti, dia akan keluar step seterusnya tu, aku lupa nak snap tang tu, nanti jangan lupa isi no akaun bank, mungkin nanti tuntutan tu terus masuk ke bank je..



tu permohonan akuuuu.. satu jeeee.. :p



nanti korang kene emelkan salinan kad pengenalan dan penyata bank terkini ke alamat emel yang dorang ada nyatakan..tempoh untuk emel dokumen tu 14 hari, tempoh untuk menunggu WTD tu 30 hari.. kemain lama..hahhahhaa.. Selamat menerai gais..

 
FREE BLOG TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS