Benang IUCD Tak Dapat Dikesan

Salam Ramadhan,

Genap setahun aku pakai iucd untuk merancang kehamilan...
Syukur alhamdullilah, belum terbabas lagi...

tapi untuk pemeriksaan benang iucd pada bulan april baru-baru ni di KKIA, iucd aku didapati hilang!..

nebes aku masa nurse dok check tapi tak jumpa benang tu... lepas nurse check, dia panggil kawan dia pulak check, still takde, lepas tu panggil doktor pulak...halamakkkkk, segan gila akuu.....
Lepas check secara manual, tak jumpa, Doktor scan.. memang takde...

aku pulak tak perasan sebab aku jarang merasa benang tu...mungkin dah terjatuh sekali masa aku period, ke kencing ke buang air besar ke, aku yang tak perasan, aku harap macam tu la.. sebab kalau ada dalam badan kita, kesan nye tu menakutkan.... kalau ada dalam badan kita, pembedahan kecil akan dilakukan untuk tarik iucd tu keluar...

aku takde tanda-tanda sakit perut yang keterlaluan..jadi kebarangkalian iucd tu takde dah dalam badan aku tu tinggi..

Tapi dorang kene referkan aku ke hospital jugak untuk scan lagi sekali serta xray..

Aku dapat tarikh 13 Mei 2019 untuk app di hospital..

sama je procedure yang dorang lakukan, seluk bawah dan masukkan kamera.. keputusan dia memang tak nampak mana pergi IUCD tu, takde dalam badan aku ni..dan untuk mengesahkan lagi dorang mintak aku buat x-ray..

dan xray pon sama, iucd takde!..

so alhamdullilah, tak payah bedah-bedah.. !

Doktor cadangkan aku injek depo 3 bulan untuk merancang kehamilan..dan dah cucuk pun.. tak menyempat-nyempat..haha...takot la uolsss, orang banyak penyakit ni, memang serem nak mengandung lagi..

Post a Comment

1 Comments

Orked said…
alamak Ina.. macam seram je. Sya pon tgh stdy2 jugak pasal fmly planning. rase nye amik pills kot