February 18, 2019

Pengalaman Membeli Perabot Di Chan Furniture

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak cerita mengenai pengalaman membeli perabot di Chan Furniture..

Dari tahun lepas, aku dan suami bercadang nak beli set katil.. Bertahun kawen, anak pon dah dua, takde katil lagi...katil kawen ada, tapi kat kampong..mak suh angkot, tapi lahai, malas pulak nak sewa lori bagai.. jadi tahan je la pakai toto dan katil bujang lama aku dulu...

Awal tahun 2019, Chan Furniture ada buat promosi kat AEON Big area rumah aku dan kebetulan ada buat zero pendahuluan tu, alhamdullilah, takde duit sedebuk wak, tu yang beli ansuran..aku terus ambil set katil dan meja makan.. jumlah dia jangan tanye, dah nama hutang kan..kahkah..asalkan bulan-bulan aku dan laki mampu bayar, aku okey je..

Bermula la cerita yang kurang enak untuk aku kongsikan.

Proses penghantaran barang bermasalah bila pihak Chan Furniture tak boleh nak ikot jadual kita ada kat rumah. Dorang nak hantar waktu pejabat.. Sabtu dan Ahad takde penghantaran atas alasan takde LORI.. Gila kauu... punyela ada cawangan merata, tetibe bagi alasan LORI TAKDE On Weekend.. Kelakar .

Finally, dorang bersetuju untuk hantar pada Cuti Thaipusam.. Happy la Iolls dapat tido malam tu dengan tilam empuk...

tapi bila dorang nak pasang meja.. meja pulak ada calar... calar yang tak boleh aku nak maafkan la..sebab aku BAYAR kot.. dorang kata akan hantar lain kalau ada stok.. aku okey je..asalkan berhantar..

Lepas settlekan semua, suami aku minta tolong dorang untuk bawakkan sampah-sampah (kotak-kotak) daripada set bilik tidur tu, tapi jawapan dorang LORI PENUH tak boleh nak isi barang / sampah lagi..

PENIPU..

sebab kebetulan pulak aku turun bawah nak pergi beli air, sedang elok plak pintu lori dorang terbukak..Ya Allah, punyela kosong lori tu, ada la kot satu set bilik tidur dalam tu, tapi ruang yang kosong banyak la.. start pada tu aku dah mula menyampah dah dengan Chan Furniture ni..

Berbalik pada kes set meja makan aku tu,

Maka dari tarikh cuti thaipusam tu (21 Januari), menunggula aku . alasan yang sama diberikan, lori takde masa weekend, nak hantar masa waktu bekerja and bla bla bla..banyak alasan..

Sebenarnye, salesgirl chan furniture ni banyak berhubung dengan suami aku, sebab aku malas nak serabutkan kepala aku, tapi bila aku nengok banyak nau dolak daliknye, aku terus tekad nak kol HQ dorang kat Sabah nun 13 Februari .. puk pang puk pang..terus lepas tu branch Chan Furniture yang kat Kajang ni follow up dengan aku.

Finally, salesgirl tu yang hantar naik kereta dia selang dua hari lepas tu, bawak pekerja dia...tapi ya ampun, budak laki yang dok pasang meja tu, muka mencuka macam taik, tak senyum langsung, agaknye sebab kene balik keje lambat.. dan seperti biasa dia biarkan je sampah kotak meja tu, yang jadi mangsa salesgirl tu la, membawak turun kotak tu, yang worker tu, menonong turun tangga...

serius aku rasa, inilah kali terakhir aku berurusan dengan Chan Furniture, next time kalau aku nak beli barang lagi, minta maaf la, memang aku tak berminat, service teruk!..

2 comments:

Unknown said...

sis, hot selebriti dah start yang baru, xde ke lgi entry untuk hot selebriti?

InaYusoff said...

sis takot sis gian / tak tentu arah, maka sis malas nak dengo sangat hot selebriti..hahaha..

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.