January 3, 2019

Pengalaman Tukar No Maxis ke Celcom (Guna Nombor Yang Sama)

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak share mengenai pengalaman aku tukar line telefon dari Maxis ke Celcom tapi masih mengekalkan nombor yang sama.. Idea nak tukar ke Celcom ni disebabkan aku frust gila dengan perkhidmatan Maxis.. line internet macam siput sedut kalau kat rumah.. suami pulak kebetulan guna Celcom, jadi nampak la perbezaan nye tu antara Maxis dan Celcom... kadang memang aku gune hotspot dia je kat rumah sebab Maxisnye line, ya ampunnnn, hanya aku je yang tahu kelembapannye.. maybank2u pon tak leh nak log in okey..stress..

meh aku nak cerita liku-liku pengalaman aku untuk perkara tersebut..berliku sangat aku rasa, sebab phone kan penting zaman sekarang..

Ahad lepas, dengan bersemangat waja nye kami ke Celcom Centre di Alamanda Putrajaya untuk tujuan tukar tukar ni..

Sampai je ke Celcom Centre Alamanda Putrajaya, korang kena ambil nombor dulu untuk dilayan... nanti Wakil Celcom akan minta IC kita dan tanya no telefon yang berkaitan..dia akan check samada kita boleh ke bertukar ke Celcom..kalau takde masalah, nanti dia akan bagi satu simcard celcom..simcard ni bila no Maxis tu dah tak aktif baru masukkan dalam henpon..jangan terus masuk, sampai kiamat no Celcom tu tak aktif..


Nanti dalam masa 24jam Maxis akan hantar mesej untuk bertanyakan samada betul ke kita nak tinggalkan Maxis..dan harus balas YES okeyyyy..kalau kita tak balas, samala , sampai kiamat pon tak bertukar line kita tuuu..lepas tu jangan nak marah-marah pulak...

Aku tunggu mesej dari Maxis tapi tak kunjung-kunjung tiba..

Hari Isnin aku Call Customer Service, jawapan dia - Puan kene tunggu sampai 1.00 tengahari, kalau tiada juga, call kami balik...

Jam 2.00 petang, still tak terima mesej .. aku call lagi (jawapan dia - ooo..nombor puan tak aktif) (aku malas nak topup dah no tu).. tapi takpela, demi gigih nak keluar dari Maxis, aku topup RM5..

Selepas itu berderet-deret la promosi dari Maxis, free 2gb la...Rm48 unlimited call la,bla...blaa..blaaa..mampuih la aku tak layan, punyela meluat dah dengan Maxis ni..hahahahha ..da la time besday pon tak dapat dah free call..takde dah kelebihan guna Maxis ni....

Isnin (5.30 petang), baru dapat mesej dari Maxis untuk jawab YES tuuu..

aku pon menunggu laaa dari Isnin membawa ke Selasa petang, elok je pulak Maxis aku ada line....belum disconnect lagi dari Maxis..meratap lagi akuuu..berapa lama aku kene tunggu ni...kesabaran dah makin menipis...

Selasa petang aku kol CS MAXIS, dia bagi alasan Selasa tu Public Holiday, jadi sistem pon macam bercuti.. dah tu kenapa kau tak cuti sekali CS?.. berapi aku ni.. tapi bebudak CS ni memang dorang di train untuk sabau dan sabau layan kerenah customer kan...

Akhirnya pagi Rabu barula dapat bebas dari Maxis, empat hari kauuu..meratapi je aku.. sebab aku guna prepaid kan, nak topup lebih kang sayang, tak topup kang, takot ada hal emergency kan...

Tapi,

sekarang ni masalah lain pulak yang timbul...line Celcom untuk handphone aku pulak problem.. -_-' .. wasap je boleh, facebook, instagram semua lembab nak mampussssss...huwaaa..stress pulak aku, kadang-kadang nak call pon tak boleh, line takdeee...yang ada pon kat store rumah aku.. takkan aku nak melepak dalam store puyakkkk..

tapi line suami aku okey pulak..

ke ada perbezaan antara prepaid dan postpaid haaaa?..

sesungguhnya aku da stress dah ni, rasa nak p tuko ke DIGI pulak..hahaha..sejenis tak sabauuuuu...

 update 23.1.2019 : tukar henpongg, baru LINE okey.. bukan salah CELCOM..salah henpongg rupanye..kahkah..

No comments:

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.