October 25, 2018

Misi Muhammad



Assalamualaikum..

Sungguh tertekan bila memikirkan Misi Muhammad setelah ada dua Nur..

Mahu mendapatkan Muhammad bukan satu perkara yang mudah, aku sendiri pon masih dan mungkin akan kekal trauma untuk mendapatkan Muhammad..Mungkin bagi aku cukupla Nur, tapi bagi suami aku, dia kalau boleh nak jugak ada BIN ..

Pengalaman tiga kali keluar masuk wad dan dua kali naik ambulan masa dalam pantang anak nombor dua ni betul-betul membuatkan aku serik untuk mengandung lagi..tapi kesian pulak dengan husband..sekarang ni aku gunakan IUCD untuk merancang jarak kehamilan..

-_-'

ke aku harus kuatkan hati untuk Misi Muhammad..berfikiran positif aku mampu untuk terus mengandung kali ketiga...tidak terlalu memikirkan risiko untuk mendapat pre eclampsia, anak tidak cukup bulan..kuat ke aku eh..

Eh, walaupun mungkin bukan Muhammad anak ketiga ini, sekurang-kurangnya dua NUR yang terdahulu ni tidaklah rasa hanya mereka berdua beradik saja..buntu..

serba salah..

aku tengah berfikir-fikir ni untuk mengandung tahun hadapan, itu yang terlahir entry ini..

dan..

tiba-tiba teringin nak mengandung bila tengok ramai opismet yang tak sampai setahun bersalin dah mengandong balik, kakak tercabar uolss...itu sebenarnye..hahahaha




3 comments:

Orked V. said...

haaaaa..... kite pulak bakal melancarkan misi nur 2020. sebab dah ade 2 ketul muhammad ni. hahahaha. high5! moga ina dapat rezeki anak lelaki ye. moga sya dapat rezeki perempuan. moga ade rezki kite. aamiin...

InaYusoff said...

kenapa tahun 2020..
kenapa bukan tahun 2019..hahaha..

aamin..

marila datang rumahku mencurik senduk..mudah-mudahan mendapat anak pempuan..haha..gurau jek......

Orked V. said...

kenape senduk? kenape bukan sudu? senduk susah nk seludup. hahahahahaha.

2020 dlu ina. 2019 target lain. 2019 plan nk menge-slim dlu. hahahahhaha

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.