July 31, 2017

Review | Silicone Portable Manual Breast Pump Breast (Milk Collector)

Assalamualaikum..

sekarang macam dah trend kan. semua orang pakai benda ni...sebab senang. tak payah nak usung breastpump ke hulu hilir..tak payah nak fikir susah nak pam kalau takde plug point..

Silikon Breast Pump ni aku terpaksa beli sebab susah nak mengepam kat opis ni..kalau datang awal..boleh la pam kat bilik meeting...naseb tak baik, student praktikal pulak dah sampai lagi awal...segan la acik nak mengepam..

tengahari lagi la masalah..mula-mula masuk kerja, tak tahu nak mengepam kat mane..pam kat workstation, sekali kuat la pulak vibrate breastpump real bubee ni...-_-'.. siap ada opismet lelaki tanye, bunyi ape tu..alalalalahai...

maka beli la kita silikon breast pump ni..duduk kat surau kecil dendiam sambil menanti susu penuh..


tapi,
bila dah dua tiga kali pakai, aku prefer pakai pam biasa jugak..huhu..sebab rasa lambat nau susu tu nak keluar..kalau pam..kejap je susu dah penuh..nak menunggu lama-lama paling malas..guna benda ni kadang-kadang je...lastly aku guna pam biasa gak tapi guna powerbank la, tak payah pening nak mencarik plug point.., dapat la mengepam kat surau jugak...

manusia kan tamak nauuu nak mencuba.. :p

aku beli kat lazada je..murah
Share:

0 komen: