October 20, 2016

Cadangan Menu Untuk Ibu Mengandung Yang Ada Diabetes / Kencing Manis

Sempena mengandungkan anak kedua ni, aku kene jumpa pakar pemakanan. -_-' ..

masa mengandungkan cepiya,aku dok mengelat nak jumpa pakar pemakanan sebab bagi aku, aku dah banyak sangat temujanji dengan klinik dan hospital...so aku malas nak p...tapi aku still jaga makan, sampai aku nampak kurus masa awal-awal mengandungkan safiyya....

now, untuk anak kedua..timbul kesedaran..lagipon, pakar pemakanan dah ada kat klinik kesihatan area aku..so tak payah nak buat temujanji dengan pakar pemakanan di hospital kajang...aku letih kalau kene pergi kajang..dengan parkingnye dan segala mala orang..

untuk pengetahuan, aku on insulin empat kali sehari..kiraan unint 6/6/6/6 .. tapi kadang-kadang aku cucuk insulin lebih..mengandung kali ni, aku rasa nafsu aku tak dapat nak kawal sehebat masa mengadungkan safiyya..kali ni aku banyak kali tewas lepas tu aku meratap naseb baby dalam perot ni...Ya ALLAH..moga kau sihatkan la anak dalam kandungan ku ini...aku ibu yang terlalu mementingkan nafsu makan... -_-'

Point-point penting yang pakar pemakanan bagitahu aku :-

1) Susu tak digalakkan minum antara waktu makan..macam ko sarapan pagi, tetibe kau nak minum susu..tu tak digalakkan..susu ni paling best time dia adalah sebelum tidur or tetibe mase kau tido, ko rasa lapar tak hengat, boleh la minum susu..

2) Portion menu adalah setengah daripada pinggan adalah sayur ye..memang kena banyak makan sayur dari makan nasi segala bagai..kalau susah sangat nak cari sayur,telan timun dan tomato pon dah okey...protein suku je...dan dietitian tu nasihatkan aku, lepas makan baru makan buah....yang ni aku kompius sikit...tapi dah dia kata gitu..kita kenela ikot...

3) Ada tiga waktu yang kalau boleh jangan makan iaitu minum pagi (10.00-10.30 pagi), minum petang (3.30 - 4.00 petang) dan minum malam (10.00 - 10.30 malam). Walaupun dalam jadual menu tu ada, tapi kalau boleh elakkan makan, lebih-lebih lagi minum petang sebab insulin masa tu tak aktif...insulin ada tapi tak aktif..jadi tak elok untuk penghidap diabetes...

4) Kalau boleh, cucuk insulin setengah jam sebelum makan..

5) Ada antara bacaan gula aku tak cantik, aku pulak jenis kadang-kadang menggigil kalau lepas cucuk insulin..jadi macam aku termakan banyak..dietitian tu bagitau, lagi menggigil lagi bagus..erk..aku dah macam..bukan kata tu tanda-tanda hypo ke...dia kata kalau lepas setengah jam kita cucuk insulin, kita tak menggigil, tu maknenye dalam tak berapa bagus sebab ada gula lagi.. -_-'

6) Dalam menu yang dicadangkan ada roti jagung / putih, tapi dia tak galakkan jugak..better makan sayur banyak dari makan roti..baekla puan dietitian..

7) Ini bukan point yang penting pon, tapi aku nak bagitahu jugak..teh tarik boleh minum wooo..tapi kurang manis la....jadila sebagai pengganti kepada milo ais...dua orang dietition aku tanye, semua bagi jawapan yang sama..teh tidak bersalah, yang bersalah bila terlebih manis.. 

8)  Kalau kita istiqomah dalam ikot menu yang dia bagi, insyaALLAH, penyakit diabetes dan darah tinggi boleh seiring terkawal.

9) Jangan amalkan beli sup sayur ke sup ayam ke ape ke kat kedai makan, sebab kita tak tahu ape yang dia masukkan dalam sup tersebut. padahal aku punyela konon selalu order benda-benda yang berkuah ni..sebab taknak makan yang bergoreng kononnya..tapi nan ado gak la gini..dah tu nak make ape ni boh...
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
aku dapat flyers dari dietitian tersebut...ni antara kandungan dalam flyers :-

SARAPAN PAGI (7.00 - 8.00 pagi)

i) Roti jagung / putih - 3 Keping ATAU Biskut Krim Kraker - 9 Keping ATAU Nasi / Mee / Bihun / Kuehteow - 1 1/2 cawan ATAU Bijiran - 9 sudu makan

ii) Marjerin - 2 sudu teh

iii) Telur - 1 Biji ATAU Ikan / Ayam - 1 Kotak Mancis ATAU Keju - 2 Keping

iv) Susu (rendah lemak/skim) - 1 cawan + teh / Kopi

MINUM PAGI (10.00 - 10.30 pagi)

i) Roti Jagung / putih - 2 Keping
ATAU Biskut Krim KRaker - 6 Keping

ii) Marjerin - 2 sudu teh

iii) Air Kosong / Teh @ Kopi tanpa Gula - 1 Cawan

MAKAN TENGAHARI (12.00 - 1.30 petang)

i) Nasi putih / Mee / Bihun / Kuehteow - 1 1/2 cawan

ii) Ikan / Ayam - 1 Ketul besar (80gm)
*masak kurang lemak / tanpa kulit

iii) Sayur berdaun hijau - 1 cawan

iv) Buah - 1 biji sederhana / 1 keping

v) Air kosong
* penggunaan minyak untuk makan tengahari = dua sudu teh

MINUM PETANG (3.30 - 4.00 petang)

i) Roti Jagung / putih - 2 Keping
ATAU Biskut Krim KRaker - 6 Keping

ii) Marjerin - 2 sudu teh

iii) Susu (rendah lemak / skim) - 1 cawan + teh / Kopi

MAKAN MALAM (6.30 - 8.00 malam)

i) Nasi putih / Mee / Bihun / Kuehteow - 1 1/2 cawan

ii) Ikan / Ayam - 1 Ketul besar (80gm)
*masak kurang lemak / tanpa kulit

iii) Sayur berdaun hijau - 1 cawan

iv) Buah - 1 biji sederhana / 1 keping

v) Air kosong
* penggunaan minyak untuk makan tengahari = dua sudu teh

MINUM MALAM (10.00-10.30 malam)

i) Roti Jagung / putih - 2 Keping
ATAU Biskut Krim Kraker - 6 Keping

ii) Marjerin - 2 sudu teh

iii) Susu (rendah lemak / skim) - 1 cawan + teh / Kopi

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

ais krim
susu pekat manis
buah-buahan dalam tin
semua kuih-kuih manis
gula pasir
gula perang
gula merah
glukos
madu
kek coklat
biskut manis
jem
kaya
minuman ringan

MAKAN YANG PERLU DISUKAT / DIKAWAL kuantiti

i) Makanan Karbohidrat . Berkanji
-hasil bijirin (contoh :- nasi, mee, bihun, laksa, oat, nestum , cornflakes, biskut krim kraker, capati, roti canai, apam, putu mayam, idli, tosai)

Sayuran Berkanji
-ubi kentang, ubi kayu, keladi, keledek, labu manis, sukun, lobak

Kekacang
- kacang dal, kacang hitam, kacang hijau , kacang merah

Susu
- susu segar, uht, susu cair, susu tepung, yogurt, dadih, keju

Buah-buahan
- epal , oren ,betik , tembikai, nanas

ii) Makanan sumber protein
ikan, ayam, daging, telur, keju, makanan laut

iii) makanan sumber lemak
- minyak masak dan marjerin

untung kan orang yang mengandung boleh makan ape sajeeeeeeeeeeee... i is jeles...









Share:

4 komen:

shafiza said...

Assalamualaikum, rasanya "makanan yang perlu dielak" tu pun diet yang bagus untuk yang tak mengandung. Huhu Masa fiza pregnant dulu, pernah tiba-tiba naik 5kg dalam sebulan, terus disuspect kencing manis. Masa tu mmg suka sangat coklat.

InaYusoff said...

w;salam..

aah..
gula ni la yang membawak kepada obesiti...

alhamdulliah awak saspek je..kalau mengidap..perit rasenye.. :(

|| A r a W a n i || said...

Wah! Cepiya dah nak jadi kakak ker uolls??
Tahniah ibunya Cepiya.. Smoga Allah beri kekuatan seiring dengan kuatnya ujian ye..

InaYusoff said...

iye uolsss....

baby 2017..

tenkiu lalingsss...