Followers

October 26, 2016

Aku Yang Dulu Gila Novel



hari ni aku bengong sekejap..
bengong sebab kene duty hari sabtu ni padahal cuti umum...
uwaaa...rindu kat mak menggebu gebu..
ingat nak balik kampong..
tapi tengok la camne kalau dah kene duty..

nak mengelak dah segan..

sebab bengong..
aku godek-godek entry blog yang lepas-lepas..
sekali ternampak ni..



huwaaa..
rindu gile nak baca novel..

dulu rajin aku review novel-novel yang aku baca.....

sekarang nak review diri sendiri pong tak sempat..kahkah..

aku rasa aku perlukan novel untuk terapikan diri aku..
sesekali layankan hobi yang dah lame tinggal...

tapi kadang-kadang nak beli novel pon takot sebab takot tak sedap...

dah la sekarang ni tajuk novel pon merapu-rapu...
-_-'
Share:

Hidup Tanpa Waze Part II

jem gile babeng punyee hari ni..

6.45 pagi aku stuck kat jalan istana membawak ke 7.30 pagi baru lepas tempat kemalangan..padahal jarak 3km je..tabah la..naseb baik bawak kereta auto...

aku keluar rumah 6.20 pagi..konon dari rumah dah set nak log in facebook kejap sebab opis aku ni block facebook time pejabat...

sekali nan ado la...kalau da sampai opis pon 7.50..

hancur lumat azam aku bulan ni nak cantikkan punch card..

uwaa..tetibe terbayang kalau la laki aku tak pinjam handphone, mesti aku tak terjebak dalam jem pagi ni..

Share:

October 20, 2016

Cadangan Menu Untuk Ibu Mengandung Yang Ada Diabetes / Kencing Manis

Sempena mengandungkan anak kedua ni, aku kene jumpa pakar pemakanan. -_-' ..

masa mengandungkan cepiya,aku dok mengelat nak jumpa pakar pemakanan sebab bagi aku, aku dah banyak sangat temujanji dengan klinik dan hospital...so aku malas nak p...tapi aku still jaga makan, sampai aku nampak kurus masa awal-awal mengandungkan safiyya....

now, untuk anak kedua..timbul kesedaran..lagipon, pakar pemakanan dah ada kat klinik kesihatan area aku..so tak payah nak buat temujanji dengan pakar pemakanan di hospital kajang...aku letih kalau kene pergi kajang..dengan parkingnye dan segala mala orang..

untuk pengetahuan, aku on insulin empat kali sehari..kiraan unint 6/6/6/6 .. tapi kadang-kadang aku cucuk insulin lebih..mengandung kali ni, aku rasa nafsu aku tak dapat nak kawal sehebat masa mengadungkan safiyya..kali ni aku banyak kali tewas lepas tu aku meratap naseb baby dalam perot ni...Ya ALLAH..moga kau sihatkan la anak dalam kandungan ku ini...aku ibu yang terlalu mementingkan nafsu makan... -_-'

Point-point penting yang pakar pemakanan bagitahu aku :-

1) Susu tak digalakkan minum antara waktu makan..macam ko sarapan pagi, tetibe kau nak minum susu..tu tak digalakkan..susu ni paling best time dia adalah sebelum tidur or tetibe mase kau tido, ko rasa lapar tak hengat, boleh la minum susu..

2) Portion menu adalah setengah daripada pinggan adalah sayur ye..memang kena banyak makan sayur dari makan nasi segala bagai..kalau susah sangat nak cari sayur,telan timun dan tomato pon dah okey...protein suku je...dan dietitian tu nasihatkan aku, lepas makan baru makan buah....yang ni aku kompius sikit...tapi dah dia kata gitu..kita kenela ikot...

3) Ada tiga waktu yang kalau boleh jangan makan iaitu minum pagi (10.00-10.30 pagi), minum petang (3.30 - 4.00 petang) dan minum malam (10.00 - 10.30 malam). Walaupun dalam jadual menu tu ada, tapi kalau boleh elakkan makan, lebih-lebih lagi minum petang sebab insulin masa tu tak aktif...insulin ada tapi tak aktif..jadi tak elok untuk penghidap diabetes...

4) Kalau boleh, cucuk insulin setengah jam sebelum makan..

5) Ada antara bacaan gula aku tak cantik, aku pulak jenis kadang-kadang menggigil kalau lepas cucuk insulin..jadi macam aku termakan banyak..dietitian tu bagitau, lagi menggigil lagi bagus..erk..aku dah macam..bukan kata tu tanda-tanda hypo ke...dia kata kalau lepas setengah jam kita cucuk insulin, kita tak menggigil, tu maknenye dalam tak berapa bagus sebab ada gula lagi.. -_-'

6) Dalam menu yang dicadangkan ada roti jagung / putih, tapi dia tak galakkan jugak..better makan sayur banyak dari makan roti..baekla puan dietitian..

7) Ini bukan point yang penting pon, tapi aku nak bagitahu jugak..teh tarik boleh minum wooo..tapi kurang manis la....jadila sebagai pengganti kepada milo ais...dua orang dietition aku tanye, semua bagi jawapan yang sama..teh tidak bersalah, yang bersalah bila terlebih manis.. 

8)  Kalau kita istiqomah dalam ikot menu yang dia bagi, insyaALLAH, penyakit diabetes dan darah tinggi boleh seiring terkawal.

9) Jangan amalkan beli sup sayur ke sup ayam ke ape ke kat kedai makan, sebab kita tak tahu ape yang dia masukkan dalam sup tersebut. padahal aku punyela konon selalu order benda-benda yang berkuah ni..sebab taknak makan yang bergoreng kononnya..tapi nan ado gak la gini..dah tu nak make ape ni boh...
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
aku dapat flyers dari dietitian tersebut...ni antara kandungan dalam flyers :-

SARAPAN PAGI (7.00 - 8.00 pagi)

i) Roti jagung / putih - 3 Keping ATAU Biskut Krim Kraker - 9 Keping ATAU Nasi / Mee / Bihun / Kuehteow - 1 1/2 cawan ATAU Bijiran - 9 sudu makan

ii) Marjerin - 2 sudu teh

iii) Telur - 1 Biji ATAU Ikan / Ayam - 1 Kotak Mancis ATAU Keju - 2 Keping

iv) Susu (rendah lemak/skim) - 1 cawan + teh / Kopi

MINUM PAGI (10.00 - 10.30 pagi)

i) Roti Jagung / putih - 2 Keping
ATAU Biskut Krim KRaker - 6 Keping

ii) Marjerin - 2 sudu teh

iii) Air Kosong / Teh @ Kopi tanpa Gula - 1 Cawan

MAKAN TENGAHARI (12.00 - 1.30 petang)

i) Nasi putih / Mee / Bihun / Kuehteow - 1 1/2 cawan

ii) Ikan / Ayam - 1 Ketul besar (80gm)
*masak kurang lemak / tanpa kulit

iii) Sayur berdaun hijau - 1 cawan

iv) Buah - 1 biji sederhana / 1 keping

v) Air kosong
* penggunaan minyak untuk makan tengahari = dua sudu teh

MINUM PETANG (3.30 - 4.00 petang)

i) Roti Jagung / putih - 2 Keping
ATAU Biskut Krim KRaker - 6 Keping

ii) Marjerin - 2 sudu teh

iii) Susu (rendah lemak / skim) - 1 cawan + teh / Kopi

MAKAN MALAM (6.30 - 8.00 malam)

i) Nasi putih / Mee / Bihun / Kuehteow - 1 1/2 cawan

ii) Ikan / Ayam - 1 Ketul besar (80gm)
*masak kurang lemak / tanpa kulit

iii) Sayur berdaun hijau - 1 cawan

iv) Buah - 1 biji sederhana / 1 keping

v) Air kosong
* penggunaan minyak untuk makan tengahari = dua sudu teh

MINUM MALAM (10.00-10.30 malam)

i) Roti Jagung / putih - 2 Keping
ATAU Biskut Krim Kraker - 6 Keping

ii) Marjerin - 2 sudu teh

iii) Susu (rendah lemak / skim) - 1 cawan + teh / Kopi

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

ais krim
susu pekat manis
buah-buahan dalam tin
semua kuih-kuih manis
gula pasir
gula perang
gula merah
glukos
madu
kek coklat
biskut manis
jem
kaya
minuman ringan

MAKAN YANG PERLU DISUKAT / DIKAWAL kuantiti

i) Makanan Karbohidrat . Berkanji
-hasil bijirin (contoh :- nasi, mee, bihun, laksa, oat, nestum , cornflakes, biskut krim kraker, capati, roti canai, apam, putu mayam, idli, tosai)

Sayuran Berkanji
-ubi kentang, ubi kayu, keladi, keledek, labu manis, sukun, lobak

Kekacang
- kacang dal, kacang hitam, kacang hijau , kacang merah

Susu
- susu segar, uht, susu cair, susu tepung, yogurt, dadih, keju

Buah-buahan
- epal , oren ,betik , tembikai, nanas

ii) Makanan sumber protein
ikan, ayam, daging, telur, keju, makanan laut

iii) makanan sumber lemak
- minyak masak dan marjerin

untung kan orang yang mengandung boleh makan ape sajeeeeeeeeeeee... i is jeles...









Share:

Hidup Tanpa Waze

assalamualaikum..
selamat pagi..

aku sejenis manusia yang terlalu bergantung pada waze..
bayangkan hari-hari pergi kerja dan balik kerja pon, still guna waze..
dah name dok kolumpo kan..

laluan balik kerja pulak kadang-kadang belakang sogo yang siapa siapa yang selalu guna jalan tu, tahula bagaimana kalau kereta rosak ke eksiden kat situ...memang boleh membawak jem yang tak bergerak...monangeh sampai pegang stereng kereta....

dalam dua minggu ni, atas dasar prihatin kat suamiku yang handphone rosak, maka aku telah bagi pinjam handphone aku sendiri...dan aku sendiri pakai handphone cikai samsung yang kalau orang nengok aku pakai, kompom dorang ingat henpon mainan.. ;p

no wassap..no internet...no facebook..no waze...

hari pertama balik kerja aku cuak jugak, takot-takot tersangkut kat mane-mane...tapi ikot je gerak hati, alhamdullilah, sampai macam biasa je pon...

hari kedua dan hari ketiga alhamdullilah....moga dua minggu ni, takdela aku tersangkut jem kat mane-mane...boleh bikin stress...

dan tetibe aku rasa aku boleh je hidup tanpa wassap..tanpa internet dan tanpa facebook....
Share:

October 19, 2016

Jangan Cakap Yang Kita Ada

Tiada..
Mmg kita tiada..
Jangan cakap dgn orang yang kita ada..

Selagi kita berpura pura cakap kita ada...
Orang takkan paham yang kita tiada..

Jangan nak berpura pura sedangkan yang tanggungnya KITA..

orang kata..lima tahun awal perkahwinan adalah tahun yang getir..

ye..memang aku tengah lalui...

tahun ni tahun keempat..
cepatla lima tahun berakhir..
moga kami dapat stabilkan kehidupan kami..

rase tak tertanggung dah..

perkahwinan ini orang kata macam satu perjudian..
adakala nasib akan menyebelahi kita..
adakala dugaan yang akan datang bertimpa..

kadang-kadang aku selalu monolog dengan diri sendiri untuk sedapkan hati..
hahaha..
macam psiko pon ada...
takpela biar nampak macam psiko..
dari aku nak mengadu domba kat orang...
nampak sangat meraih simpati...
tapi kadang-kadang terlepas jugak pada keluarga..
sebab aku tahu aku tak kuat..

tapi ALLAH takkan uji kita kalau Dia tahu kita tak mampu ye dak?..

sebagaimana ALLAH hadirkan lagi satu nyawa dalam rahim aku sekarang walaupun aku sendiri tak yakin dengan keadaan kami bagaimana nanti setelah lahirnya dia..

aku berserah..
kadang-kadang yakin..
kadang-kadang memikir..
kadang-kadang ye aku berserah..

:)
Share:

October 17, 2016

#GegarVaganza2016


punyela semangat menanti gegar vaganza musim ke 3 ni..
almaklumlah baru tahun ni rumah ada ASTRO..
gayat sikit la kiranye..kehkeh..

dan lagi satu sebab ade Ameng!.

haha..

lagu lagu kumpulan spring semua mengimbau kenangan...kadang-kadang boleh terkenang zaman kerja kilang...kalau keluar kat radio..boleh karok sorang-sorang dalam kereta sambil mengadap jem..pedulik ape kereta luar nengok aku semacam je.. :p

tapi lepas tengok GV2016 malam tadi, aku tambah lagi sorang calon peberet aku iaitu ZUR EDA!...best gile kot dia....

elly mazlein pon aku suke..manjeee angat!...kihkih..

kita tunggula next week, boleh ke dorang nyanyi lagu yang bukan lagu dorang sendiri..



Share: