Followers

May 28, 2013

Pati Jus Delima Gulsan



meh nak cite pasal pati jus delima ni..


beli jus ni sebab ada kawan cadangkan bila dia dapat tahu aku pregnant..sampai sekarang dah hampir 5 botol aku beli...banyak kebaikannye...jadi kenapa nak berkira sangat kan...



harga sebotol RM14.00 .. harga termurah yang aku tahu..sebab bila gugel..ada yang RM19..ada yang RM25 pon ada.....sangat melampau...


selalunya aku minum sebelum pergi kerja..atau pun makan je jus tu pekat-pekat dua sudu...sila gune sudu plastik..


rasa dia sangat sedap...serius sedap...rasa nak minum selalu....


ni kebaikan jus pati delima..copy from gugel..


DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
~Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
~menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
~menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
~kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik


MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.


untuk mereka yang mengidap kencing manis macam aku pun elok untuk diamalkan.. :)


MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”


ni pulak buah delima sebijik gedabak tu...ni aku dah leraikan siap siap...punyela berhati-hati..sebab dalam buah delima ni hanye ada satu je yang berkhasiat....delima india katenyeee...mahal!...mula mula beli RM5.90..lepas tu naik..RM6.00 kot..tapi takpe.semuanya demi BABY..... :) ...




nak beli : ---> click SINI ...

tak tahu la samada dia private ke tak fb dia..


:)

Share:

3 komen:

Adiek Galcute said...

babe..kt opis aku akk ni jual rm11.50. aku pun beli 5 botol lpas tu kwn aku plak nk sbotol..jual kt dia da..hehehe

InaYusoff said...

alaaaaaa murahnyee....
klu aku nak pesan kat kau boleh tak..
tapi kang kalau banyak2 susahkan kau pulak..

Adiek Galcute said...

ko kalu nk pesan bgtau la to smpai bln dpan je la dpt..hehehe. mungki lpas tu aku kena pesan kt ko plak. sbb aku kan dok kt kg nti :( keje tak cr lg nie...adoiii