March 8, 2013

Puding Roti Marble

puding je yang mampu aku buat..
nak harapkan kek, memang selalu bantat je...
:(

sepanjang berkahwin..adalah tiga kali buat..
sendiri buat..sendiri makan...
nak bagi orang..segan la pulak..
padahal kalau sekali buat, boleh tahan la banyak jugak..
isi je la tembolok sendirik..


Resepi dari : MyResepi

Bahan-bahan ( satu loyang )

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.

Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.

Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.

Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!

Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.

Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!



saje gatal gune acu begini... :) .. tapi leceh la...peti ais dah le kecik..nak susun2 banyak acu....baik tuang dalam satu bekas besar je...senang!..

Share:

0 komen: