Followers

March 20, 2013

March 13, 2013

Photobook Pixajoy RM15 Sudah Sampai !



disebabkan kawen tak amek OP..maka ni jela album yang akan ku simpan dan ku jaja bagi orang tengok...kesian betul..tapi takpela...asalkan ada...


photobook tu nipis jek...memang nipis sesangat....kena jaga bebetul..kalau tak memang tak sempat nak tunjuk kat anak..cucu pun entah sempat ke tak...hehe..


dan kene pandai edit...aku tak pandai nak edit..kesian mohd pyan..bertambah-tambah gelap laki aku dalam gambar... -__-' ...kompom dia suh simpan tak kasi tunjuk kat orang..hikhik...


dan aku pelik kenapa aku kene tambah RM5 eh..kiranye harga photobook ini adalah dua puluh hengget..ke aku salah click..hmmm...


nak buat jugak?.. click ---> PIXAJOY
Share:

March 8, 2013

Puding Roti Marble

puding je yang mampu aku buat..
nak harapkan kek, memang selalu bantat je...
:(

sepanjang berkahwin..adalah tiga kali buat..
sendiri buat..sendiri makan...
nak bagi orang..segan la pulak..
padahal kalau sekali buat, boleh tahan la banyak jugak..
isi je la tembolok sendirik..


Resepi dari : MyResepi

Bahan-bahan ( satu loyang )

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.

Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.

Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.

Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!

Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.

Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!



saje gatal gune acu begini... :) .. tapi leceh la...peti ais dah le kecik..nak susun2 banyak acu....baik tuang dalam satu bekas besar je...senang!..

Share:

March 7, 2013

Puding Trifle



selasa lepas..
buat puding trifle..
rasenye ini kali yang keempat ke kelima buat..

senang saje..
ikot resepi dari neena anuar...

:)

Bahan-Bahan dia..

Kek Swiss Roll
Tepung Kastard
Gula
Susu Cair
Buah-Buahan Dalam Tin
Jelly Crystal Jenama Nona

Itu Jeee..

Nak Resepi Pergila Gugel..

Kejam Tak Aku??...
Share:

Gambar Bilik Pengantin Saye!..

dah hampir empat bulan baru nak tempek kat sini..

hehe..

ini pon amek dari henpon mohd pyan saje... :)..nasib baik ada..


Tabir belakang...mak dan kakak ipar yang jahit...yang menghias pon kakak ipar lagi sorang...tenkiuuu semua..

katil...letak bunga atas katil dan kepala katil.....yang itu kakak ipar jugak yang D.I.Y @ gubah...


herm..senang cakap..semuanya mak dan kakak2 ipar yang hias....


kalau harap aku masa tu..memang BLANK la jawab nyeee..


memang menduga kesabaran bab tabir belakang ni..hiks..nak ceritakan tak berapa nak besh la kot..konflik dalaman family..hahaha...


kain ela untuk buat tabir belakang segala bagai ni kami beli kat NAGOYA Melaka....tak cukup pada mulanya..lepas tu pergi beli lagi....Cadar kahwin pulak beli kat area MYDIN yang baru tu....MELAKA RAYA ke tempatnye...tak ingat la hey....harga RM500++ .. cadarnye cantik-cantik....



:blank:





Share:

March 6, 2013

March 5, 2013

Syurga Seorang Isteri Terletak Di Bawah Telapak Kaki Suami?

betul ke?

Betul ke syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami?...


aku masih lagi merasakan syurga aku di bawah telapak kaki ibu...masih lagi merasakan perasaan mak aku adalah yang paling penting berbanding suami aku... adakah ini yang betul?..atau aku yang tidak pandai dalam menjaga hati kedua-dua nya...


dua dua aku sayang...mak yang melahirkan aku...dan suami yang sudi memperisterikan aku...


kalau boleh aku tidak mahu membuatkan mak terfikir yang aku tidak lagi mementingkan emak selepas aku bergelar isteri orang....nak jaga hati emak....nak buat mak tersenyum setiap kali aku pulang ke kampung...Ya ALLAH..RINDUUU betul kat mak!!..


buat suami,
maafkan aku kalau kelihatan aku mementingkan emak...walaupun pada dasarnya, aku rasa aku sudah terlalu kurang masa bersama emak....dan terima kasih memberi saya satu keluarga yang baru.. saya seronok menjadi sebahagian daripada keluarga awak...terbela sikit rasa rindu kat emak bila bersama mak awak.....tapi manekan sama emak sendiri dengan emak mentua...


tapi aku yakin mak faham..
sebab sebelum kahwin pon mak dah pesan seperti di entry INI...
"kalau suami kata A..ikut je...jangan kita lak cakap Z...ikut je..jangan nak bantah-bantah "


setakat ni..memang aku banyak membantah kalau melibatkan emak... :'(
terima kasih awak, sebab memahami walaupun kadang-kadang saya tahu awak marah dengan saye..
dan saya tahu sabar awak ada batasnye....




=(

sayang mak sangat2!..


::semoga makin hari kami makin memahami antara satu sama lain::




Share:

March 1, 2013

Lahad Datu: Dua komando polis maut terkena serangan mortar


Bernama
2:49PM Mac 1 2013

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke
dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan
Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
Share: