September 13, 2012

Ekonomi Selepas Kahwin


tetibe je rasa nak apdet tentang ini kat blog...benda yang berlegar-legar kat fikiran aku sejak kompom nak kawen neh...



sesiapa sahaja mesti terfikir tentang ekonomi selepas kahwin...risau tuh mesti ada kan....dulu fikirkan perot sendiri je..makan tak makan, takpee...selepas ni, kalau tak rancang kewangan bebetul, dua perot kelaparan lalu kurus dengan cara tak sihat walaupun kurus itu adalah idaman aku...



:)



minggu lepas..myJZ tetibe dok cakap pasal kewangan kami selepas kahwin..dia risau tak dapat bagi aku kemewahan...eceh..kemewahan ape sangat la yang aku nak kan...asalkan cukup makan pakai..boleh hulur mak duit setiap bulan...lepas bayar Orange..lepas bayar bil-bil..lepas bayar sewa rumah..itu sudah cukup...



siapa kata aku tak risau...risau..kami berdua bukan orang kaya...bukan kerja yang gaji 3k seorang...takot pasal duit, kami berdua bergaduh...ye..myJZ sendiri ingatkan aku..."jangan pasal duit, kita bergaduh"...insyaALLAH, aku bukan perempuan yang nak suami simbah aku dengan emas permata....cukup la kalau kau suami yang BERTANGGUNGJAWAB...bukan harap aku seorang sahaja...



kami merancang..merancang nak tubuhkan satu tabung khas..everymonth rm50 sorang masuk kat tabung neh...orang kata duit kecemasan...waaaa..jangan la ada yang merancang merompak rumah aku lepas ni...-____-'



dan ada orang kata, lepas kahwin, insyaALLAH ada rezeki untuk mereka yang baru berkahwin....perkahwinan kan salah satu yang digesakan dalam ISLAM...jadi insyaALLAH...rezeki itu pasti ALLAH S.W.T akan bagi...cume mungkin dalam bentuk yang berbeza....



^____^




Share:

14 komen:

Diyana said...

kami pun ada plan nak simpan sorg rm50 jugak..
tp duit utk anak2... (hoh! cepat betol planning nya)

duit kecemasan kena simpan laen... adeiyh~

Rara Nasiha said...

bagus jugak buat macam tu. duit tu boleh guna untuk anak-anak, sakit atau macam2 lagi lah :)

MAY said...

i/allah..tak susah mane..tp takde la jd kaye raye lps kawen..boleh la idup lagi dan bernapas..hehe...

tak penah plak terpikir nak bt tabung kecemasan..hehe...

InaYusoff said...

@Diyana

hehe.merancang untuk benda yang camni takpe cepat-cepat...
t benda dah berlaku baru nak plan menyimpan, memang tak dapat membantu laa...

InaYusoff said...

@Rara Nasiha


kan..
bagos kan..
menyimpan memang banyak bagosnyee..

nak mula menyimpan tu sengal sikit..
hahaha..

tapi kene kuatkan hatiiiii...

InaYusoff said...

@MAY
yup..
yg penting still bernafas lepas kawen..
taknak lemas paras paras idung..

:)

hehe..
tak nak buat ke tabung kecemasan?..

*macam kempen tabung kecemasan je neh..hahahha

antalya said...

insyaallah sentiasa akan dimurahkan rezeki. pastu nanti bila ada anak, Allah tambah lg rezeki utk anak2 pulak.begitu la kami.alhamdulilah lepas je kawen masing2 naik pangkat naik gaji. pastu lepas beranak pon sama naik pangkat naik gaji :-). so jgn risau utk masa dpn Insyaallah akan sentiasa diberkati dan rezeki tu sentiasa ada

InaYusoff said...

@antalya

insyaALLAH yun..
ko da siap beli rumah kan..
alhamdullilah...

mintak2 aku pun macam kau la..
bersusah susah dahulu..
bersenang senang kemudian..

:)

shizansyafik said...

insyaALLAH.. pepun, perancangan kewangan tu penting.. =)

InaYusoff said...

@shizansyafik

yep..!...

:)

dah le kami ni kaki wayang...

takot duit abes ke wayang je..

|| A r a W a n i || said...

asal mak rsa mcm sumthng kt dlm hati ni?
nyaaah~ mung dh nk kawen..
insyaALLAH ALLAH permudahkn sgala urusan nyah..
InsyaALLAH sgala yg terbaek untuk mung,,,

ciksusu said...

ina, buat partime la kalo tak cukup duit nti :P

InaYusoff said...

@|| A r a W a n i ||

mu rasa ape nyah??..
tell me!!...tell me!!

mudah-mudahan dipermudahkan..
AMIN...

InaYusoff said...

@ciksusu

part time nuffnang je kot..
wahaha..

tak pandai le nak part time keje kedai ke ape ke..