August 7, 2012

Kompang Dipalu : Inai

sebelum membebel panjang..nak tempek hukum mengukir inai di tangan..


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


sumber : e-fatwa

ini mengenai inai corak....teringin sebenarnye untuk buat inai bercorak masa majlis...rasa kosong je tangan neh kalau hanye pakai di hujung jari...hehe..padahal orang dulu takde kesah pon kan kalau tak de ukir-ukir bagai..tapi sedikit keliru apabila ada yang mengatakan haram mengukir inai di tangan...


Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:

"Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"
bagaimana eh....kata orang kalau kompius baik tak payah buat...kalau kita yakin ape yang kita buat tu betul, teruskan...sekarang neh aku kompius, jadi................??


ini pulak pertanyaan mengenai hukum memakai inai bagi pengantin lelaki..


Apakah hukum bagi lelaki berinai di jari ketika berkahwin? Amalan ini banyak diamalkan oleh masyarakat Melayu pada masa kini. Bolehkah ustaz berikan sedikit huraian mengenainya?

Jawapan :

Setakat yang saya tahu, haram bagi kaum lelaki memakai inai sekalipun bagi tujuan berkahwin.

Inai adalah sebahagian daripada perhiasan yang tertentu untuk kaum wanita. Oleh itu, lelaki dilarang memakainya kerana ada hadis sahih yang melaknat kaum lelaki yang memakai perhiasan kaum wanita.


:)
ini jawapan daripada ustaz azhar idrus...cube scroll balik hasil muzakarah jawatankuasa majlis kebangsaan di atas sekali...Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan ... how?..

:)

zaman sekarang kita hidup dalam kekeliruan kan..?.. ada jawapan begitu, ada jawapan begini...

Share:

2 komen:

MAY said...

ari tu sy pki jugak inai corak..sbb takut dkt gbr tgn nmpk tak cantik nmpk bintik2 merah..klu dok kg lame sgt,mesti naik bintat merah kat situ..sbb panas..so,dgn inai tu tercover la sikit..;)

InaYusoff said...

@MAY

kan..
dapat gak sorok tangan yang tak bape nak cun tu..

gimane nih sih!..
kompius..

:(