Followers

August 28, 2012

Amarah Yang Marah

eceh..tajuk nak macam episod samarinda tv3... =p


dari semalam dok call pejabat agama negeri melaka...tak berangkat-angkat call aku tuu..tensen..


ke kalau ada siapa siapa yang tahu bagaimana kalau sijil nikah ibubapa hilang..apa nak buat selain call pejabat agama yang tak berangkat-angkat tuuu.......aku neh disebabkan abang sulung jadi wali..jadi tetibe kena ada sijil nikah mak dan abah...kepelikan pulak sebab akak aku kawen tahun 2004, takde la pulak kene sertakan sijil nikah.


dah makin rumit lak prosedur...-____-'


Share:

August 27, 2012

Main Gila


main gile tukau template blog..

hambek la kuning ni..
aku dah mati idea nak tukau lagi..

feeling diraja sangat pakai kuning menyerlah..

oh..everytime tukau template..aku kene masukkan blog list balik...sengsara...blog yang biasa2 dah masuk...blog b2b saje yang sangkut....esok2 le aku masukkan balik...penat!...



Share:

Kompang Dipalu : Baju Nikah (Final)



kain baju nikah..
final..jangan nak kasi pusing hati aku..majlis tinggal dua bulan lebeh je neh..


hari tu hampir terpusing hati bila mak andam suruh kekalkan yang lame sebab baju bertandang aku dah warne yang same dengan baju nikah yang ini..tapi..kita cancelkan baju bertandang sebab baju bertandang gune yang same dengan majlis rumah aku...dah kata serentak...


tapi masalahnye aku minat gile dengan baju bertandang tuu..dan aku tak minat dengan baju kat rumah sendiri..


hati sering terpusing-pusing..bagaimana ni?..
Share:

Kompang Dipalu : Checklist Setakat Ogos 2012

hye..assalamualaikum!..

1st day kerja selepas seminggu cuti..ikutkan still lagi bercuti ri ni..tapi kerja jugak sebab sayangkan cuti yang tinggal tak berapa sangat neh..nanti kahwin nak cuti lagi...dermakan cuti korang plish... :)

masuk masuk kerja je nak apdet checklist kawen..heheh....

Majlis
tarikh
tempat

Warna Tema
Resepsi

Kursus / Permohonan Kahwin / Hiv Test
kursus kahwin
hiv test
borang nikah

Jamuan / Menu
Nikah
sanding

Kanopi
Nikah
sanding

Kad Jemputan
Lelaki
Perempuan

Senarai Tetamu
Resepsi

Mekap
Nikah
Resepsi
Bertandang

Pelamin
Nikah
Resepsi

Persalinan Pengantin
Nikah
Resepsi
Bertandang

Photographer
Nikah
Resepsi

Baju Keluarga
Warna

Lain Lain
Doorgift
Bunga Telur
Bunga Pahar
Bunga Manggar
Penunjuk Arah
Langsir
Cadar Kahwin




checklist setakat bulan lapan...ada satu dua je yang tick...hihihi...hiv test dah settle...langsir dah beli tapi tak boleh nak tick sebab tak siap lagi...mak yang jahir langsir dan kemungkinan besar kakak ipar pon turut same menjahit..kakak ipar lagi sorang tolong jugak buat tambahan aksesori kat langsir tuu...eheh..kakak sendiri mane?...hahah...adik beradik sume tak berapa nak kreatif..nasib baik dapat kakak2 ipar yang kreatif walaupun kadang-kadang pening gak nak melayan mereka yang banyak sangat pendapat itu ini begitu begini..



kad kahwin nak buat dalam minggu neh...gesakan jugak myJZ...sekarang kene pakse dia...kalau tak nak ikot, memang saje menempah kemarahan aku neh...lagi dua bulan lebeh je..mane tahan aku je yang bising-bising pasal kahwin...



aku siap pakse dia tempah baju nikah jumaat lepas padahal baju nikah aku pun tak bertempah lagi neh...hihihi....paling tak menahan boleh pulak dia request poket kiri kanan dan belakang kat seluar...tapi aunty tu tak layan poket belakang sebab tak pernah dibuat orang....



baju sedondon untuk keluarga pon dah settle...kakak2 ipar yang pilihkan masa kitorang serang nagoya melaka...kakak2 ipar jugak yang bertanggungjawab memilih baju sedondon...kakak2 aku lesap takmo bertanggungjawab..malas nak memikir dorag neh....baju biru turqoise pilihan hati!....



aku pernah cerita kot nak tuko baju pada entry lepas...punye la dok call kakak andam tu suruh bawak album sebab nak tengok secara berjemaah dengan myJZ..sekali dia pergi pulak bawak baju yang konon2 aku dah suke mase first time dia datang dulu.....haiyoooo.....pening aku..dah kene tunggu bulan sembilan pulak ...fening2...
baju bertandang aku tak amik sebab bila majlis kedua dua pihak serentak, maka membuang duit je ambil baju banyak2...kita pakai baju yang same le..lantakkan...aku malas nak fikir benda2 yang remeh neh...



oh okeh,, sepupu aku nak tolong cover untuk majlis nikah dan outdoor katenye...lega sikit..kalau majlis tu aku tak berapa nak kisah..yang penting majlis nikah....hari majlis tu lantakkan...aku diamkan je...nak cakap lelebeh kang, ada yang membangkang...takpe-takpe...bertabahla...



last sekali,..sekarang neh dalam proses isi borang kahwin, dan tetibe pulak kene sertakan sekali sijil nikah mak dan abah..dan tetibe pulak sijil nikah tu hilang..jadi bagaimana?...bile aku gugel, mak kena buat akuan bersumpah dan call pejabat agama berdekatan..dan masalahnye dari pagi tadi, aku kol majlis agama melaka, tidak berjawab-jawab....makan lemang lagi ke dorang?...



gile panjang lebar pulak apdet...ntah sape-sape yang baca....hehehe..



permudahkan la urusan kami .... amin!...
Share:

August 26, 2012

Kompang Dipalu : HIV Test


weehuu...
done hiv test...dua hari lepas pergi mengetest!!....

buat kat klinik kesihatan dekat dengan rumah je...before tu call dulu..ye la baca blog2 b2b yang lain..semuanya kata kene buat appoinment dulu...tapi kat klinik neh tak payah...boleh datang bila bila masa tak kira hari...tapi dari jam 8am - 5pm ... :)

dan resultnye adalah seperti di bawah :-



:)


alhamdullilah...dah boleh tick kat hiv test untuk checklist!...


:: free jee buat hiv test neh.....ke memang free eh?...ke orang kelinik neh lupe nak mintak duit?...::
Share:

August 22, 2012

fitting

hewhew..
baru je selesai fitting baju kawen..
kakak andam datang umah..


gile temok aku..!!
siyes takleh time hakikat temok!!..


kakak andam tu cakap aku dah tambah temok!!..
arghhhh...tensen..
*terus sapu losyen panas kat badan...


arghhh...gile tensen laaa...

temok..temok..temok!!!
Share:

August 20, 2012

Selamat Hari Raya

assalamualaikum..

:)

rasa macam nak buat wordless monday je..malas nak bercerita hehehe...

raya yang simple je..makin besar makin simple je raye..raye kan untuk budak budak..

:)

dah kata malas, so marilah nengok gambar tak seberapa neh..


daku wif isha...menangis je budak neh pagi raye..emo tak tentu pasal..ini angpow kali kedua untuk dia...

daku wif emak tersayang...series gile muka mak...serupa kan muka kami?..nanti dah tua tua mesti muka daku begini... :)

with abang dan kakak2 dan adik2...along raya kat kuala selangor..tak cukup sorang...

kan dah cakap...menangis je keje dia....susah benau nak amek gambar dengan dia raya kali ni...

daku with sebahagian anak2 buah..


eheh..daku memang malas nak apdet laa...
babai...


selamat hari rayeeeeeee..........

Share:

August 15, 2012

Suami Yang Kubenci


hew hew....
semalam entry pasal novel Suami Aku Ustaz ...hari ini nak bagitahu, yang semalam aku dengan tidak semena-menanya terbeli novel Suami Yang Kubenci...direkomen oleh kawan yang kaki novel jugak...sukeeee!!...memang dah lame cari, sekali jumpe lak kat bazar ramadhan....hehe..orang pergi bazar ramadhan nak beli makanan, tapi aku beli novel pulak...nanti ujung bulan mari makan novel beramai-ramai..





Suami Yang Ku Benci
Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.


"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?
Share:

August 14, 2012

Suami Aku Ustaz


ini tajuk novel..bukan nak bagitau yang bakal suami aku ustaz...


novel yang dibeli setelah hampir setengah jam dok membelek belek kat MPH Alpha Angel...


sekarang neh banyak novel yang same saje..mula mula benci..pastu suke..pastu gadoh ada rintangan, ada orang ketiga....pastu baik balik......same je..naik muak..naik dah tepu membaca novel macam tu...


novel Suami Aku Ustaz neh pon macam tu gak kot..tapi aku baru helaian mukasurat yang kedua...tak sempat nak baca...mintak2 walaupun sama, tapi jalan ceritanye okeh..mohon okeh!...





Sinopsis Suami Aku Ustaz

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?



semalam nampak novel2 FIXI..macam nak try baca...tapiii macam takot tak besh..tapi ada yang kata besh...takpela...lain kali la kot...
Share:

cerita tudung, kerongsang,chicken foldover dan ketidaksahuran..

tajuk yang panjang membawa maksud aku tidak ada idea untuk memberi tajuk untuk entry ini....

assalamualaikum..

:) ..sopan ku hari ini memberi salam..;p


memang masalah betul kalau nak mulakan menaip kat sini...tak tahu cemane nak mulakan...penulisan masa PMR dapat B saje...SPM jangan tanyee aku dpt berapa..segan nak jawab...


semalam, kami baru dapat bonus raya...huhu..jabatan lain mungkin dah dapat 9hb ri tu..kami baru je dapat...eh..abangku yang keje RISDA pon semalam juga dapat...ikot pada jabatan la kot kan...takpe..yang penting DAPAT!!...


disebabkan dah dapat bonus..marilah kita mensoping..jam 9malam aku dah terpacak kat danau kota...huahua..gile excited...sebelum tu buka puasa kat nando's alpha angel...huahau..penangan bonus kan..tekak selera mahal saje...tapi tekak aku serius tak boleh nak ngam dengan nando's..kalau kenny rogers tuu memang peberet!...




rembat dua tudung untuk dua baju raya...eh.baju raya ada tiga..hikhuk..sakan beraya...


nak tahuuuu....raya tahun neh..fesyen tudung aku semua begini!!...taknak dah pakai tudung segera...macam dah bosan kot...sekarang kita kembali pada tudung tak berapa nak segera tapi cantikberopolropolbunga di tepi..




eh..ini bukan rembatan di danau kota..tapi rembatan di mana mana sahaja...ada untuk diri sendiri..ada untuk anak buah ada untuk kakak dan ada untuk adik...




yang ini untuk kak lang, anak buah dan adik...yang kelabu tu untuk kau piza..satu jeee....heheh




yang ni tak boleh tunggu rayee..kene mam dan dan tu jugak...kawan belanje...aku ingat nk simpan tuk sahur..tapi mane boleh tahan..ngap jugak malam tadi...pastu perot penuh susah nak tido...pastu sahur pon terlajak...6.00 pagi baru tersedau...huhu.....ape nak disahurnyeee....melapau la aku sampai ke petang karang... :(

Share:

August 13, 2012

3 Bulan 3 Hari

hewhew..
lagi tiga bulan tiga hari saje!!..


tapi aku dok rileks jeee..
hewhew..
gedik la pulak gelak macam ni..
kenampakan macam sedikit tensen kan??..


asal aku hapdet je..mesti tensen kot..


hihih..


lepas raye baru nak pulun bebetul..
kalau cik abe gaye macam lembab2 je nak buat segala hal...
lantak kan jeee..
yang penting part aku siap..


untuk baju nikah dah bebetul fikir dah..




kalau kat entry yang lepas, ramai yang suke kain yang di atas sekali tuu...tapi akhirnye macam rasa nak beli kain lace lain la pulak untuk colour cream tu..entah la aku pun tak sure tu colour cream ke colour cream masam...#tetibe ada masam lak..


dah beli dah pon..dapat murah gile...sampaikan segan pulak nak bagitahu berapa harga kat sini..


takpela..kita tunggu la lepas raye ape yang aku nak apdet...sangat tak teruja...


Share:

August 7, 2012

Kompang Dipalu : Inai

sebelum membebel panjang..nak tempek hukum mengukir inai di tangan..


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


sumber : e-fatwa

ini mengenai inai corak....teringin sebenarnye untuk buat inai bercorak masa majlis...rasa kosong je tangan neh kalau hanye pakai di hujung jari...hehe..padahal orang dulu takde kesah pon kan kalau tak de ukir-ukir bagai..tapi sedikit keliru apabila ada yang mengatakan haram mengukir inai di tangan...


Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:

"Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"
bagaimana eh....kata orang kalau kompius baik tak payah buat...kalau kita yakin ape yang kita buat tu betul, teruskan...sekarang neh aku kompius, jadi................??


ini pulak pertanyaan mengenai hukum memakai inai bagi pengantin lelaki..


Apakah hukum bagi lelaki berinai di jari ketika berkahwin? Amalan ini banyak diamalkan oleh masyarakat Melayu pada masa kini. Bolehkah ustaz berikan sedikit huraian mengenainya?

Jawapan :

Setakat yang saya tahu, haram bagi kaum lelaki memakai inai sekalipun bagi tujuan berkahwin.

Inai adalah sebahagian daripada perhiasan yang tertentu untuk kaum wanita. Oleh itu, lelaki dilarang memakainya kerana ada hadis sahih yang melaknat kaum lelaki yang memakai perhiasan kaum wanita.


:)
ini jawapan daripada ustaz azhar idrus...cube scroll balik hasil muzakarah jawatankuasa majlis kebangsaan di atas sekali...Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan ... how?..

:)

zaman sekarang kita hidup dalam kekeliruan kan..?.. ada jawapan begitu, ada jawapan begini...

Share:

August 2, 2012