March 1, 2012

Drama BFF Yang Sweet.





sekarang neh semua orang belasah nak pakai perkataan SWEET...hihihi..ini semua disebabkan satu siri di drama vanila cokelat...satu siri je pon dorang sweet..lain-lain siri dorang macam ape jee....memperdaya emosi penonton sahaja dengan ketaklogikannyee....



selasa lepas..lepas je habes drama vanila cokelat..aku melayani munif isa ...di kaca televisyen je pon..sape aku untuk melayani dia di luar??..sape aku, sape?...*emo sekejap..



kenal sape munif isa...tak kenal?..dia la hero BFF yang tak mungkin jadi hero dihatiku sebab dihatiku sudah ada hero yang bertamu di hati..okeh..merepek sudah..... :p



inilah munif isa...dia neh berlakon dalam filem songlap gak eh..kalau salah..mintak mahappp...ke nur kasih...ke salah jugek..hehehehe..


seronok nengok munif isa neh berlakon bersama sariyanti..comey !!




mamat lagi sorang tu name dia irfan roslan kan...kan..kan..bajet macam aku tau sangat la name dia padahal baru je gugel.. :p ..penah sama sama makan kat mekdi tapi lain meja laa.... ;p ...penah same basuh tangan dengan dia..tapi dia sinki lain la... ;p... aku tak perasan, bos aku yang perasan dia basuh tangan sebelah aku..tapi aku kan bajet lebih dari artis jadi dia yang artis pon aku buat buat tak perasan..lepas tu berani plak nak skodeng dengan patah balik buat buat sedang jalan jalan di situ lepas tu terus cari kat parking, mane laa kereta si irfan neh..fikir mesti dia neh bawak kereta yang gempak....uff..dasar mamarazzi betol..hahaha



tak sabar nak tengok episod seterusnyee..kalau boleh download kat internet pon hokeh kan...kan..kan......tapi celah mane nak download kalau kat opis neh segala operasi berkaitan download tidak dibenarkan..maka gigih la kena tunggu depan tv every sunday!!....



Sinopsis Drama BFF Teman Tapi Mesra
Sinopis drama ini mengisahkan Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Selepas SPM, Iskandar diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.


Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka. Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal berasingan. Iskandar bekerja sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.

Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.

Suatu hari, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Pada masa yang sama, hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat.

Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan bagi hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran?

Share:

0 komen: