February 25, 2011

Gambar Siti Sarah dan Shuib Sepah Fitting Baju Kahwin..




baru la nampak encem shuib wOiiii..
kalau tak..
tak sanggop aku nengok gambot menggerbang dia tuuuu...

secOcok je..
berdiri sama rendah..
duduk same tinggi..
eh!..

baju nikah dorang di design oleh orang kampung aku iaitu Hatta Dolmat..dah lar dia tuu orang kampung aku..besday dia lak 19 Disember...aku 20 disember...lepas tuu da laaa aku minat nengok gadis semasa sunsilk ..dia pon ada berlakon kat cerita tuuu...haiks..korang tak nampak ke cam ada bau-bau nasi minyak aku dan dia.... eh..:p
*tetibe nak gurau-gurau tak sepekah di petang jumaat ini...hikhik
:p


dapat gambar dari SINI
Share:

TIPU SIJIL CUTI SAKIT..AKIBATNYA...

aku tak tau nak letak tajuk ape..tapi pagi-pagi neh bila buka emel rasmi jabatan..ada emel dari bahagian perjawatan tentang tindakan tatatertib mengenai sijil cuti sakit...

teringat entry aku yang di bawah ini..



Bagi Sesiapa Yang Selalu M.C Tak Tentu Pasal...Baca Ini..

Maklumat ini aku dapat tahu dari anak buah aku si Izzuan Haniff

perut dia terpakse dicover sebab tak sesuai untuk tontonan umum :p

Haniff : Mak Ndak tau tak ape itu maksud M.C?
aku : ape? [mase tuh malas nak melayan sangat]
Haniff : Mati Cepat!!
*muka dia takde perasaan pon..

gulp!

*terus tobat wali band taknak m.c selalu..



ye..sape-sape kakitangan yang berani mengemukakan sijil cuti sakit yang palsu pon akan MATI CEPAT!...tapi mati cepat dalam ertikata pekerjaan la iaitu akan DIHUKUM BUANG KERJA..dasatkan hukuman tuuuu...tapi baek untuk kakitangan kerajaan yang dok asik menipu je dalam cuti sakit...ape besh dok tipu sijil cuti sakit kan....

antara lain tindakan yang akan diambil :-

- melucutkan hak emolumen pegawai pada hari tidak hadir bertugas tanpa cuti
- membuat laporan polis jika sijil cuti sakit itu adalah dari sindiket..

::cerita lain tentang TIPU..aku tak tau ape perasaan orang yang suke MENIPU..hebat sangat ke bila dapat MENIPU::
Share:

February 24, 2011

Hari Sangat Kenyang

pembetulan = hari ini rezeki murah..ada majlis persaraan di opis..makan sedap..ada gerai-gerai..ada sate..sampai sekarang pon baju aku ada bau asap sate..terbaek!..perot penuh sampai sekarang..

balik ofis sambung wat keje..urgent..gaji orang kan..mane boleh buat lambat-lambat sebab terbayang kalau gaji aku yang dapat lambat..kesian kan....tapi alhamdullilah..hari ni aku dah dapat gaji tak sempat lagi nak cucuk..

so jom la kita enjoy besOk..besok kan ri jumaat....hari soping sedunia bagi kaum wanita....*____*
Share:

February 23, 2011

Lirik Lagu Cuma Aku (Heliza Helmi)


Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu

Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

kita amek lirik neh dari belog INI . cumey je lirik dia.. lagunye aku tak dengar lagi...cari kat 4shared macam takde...tulun!.tulun!
Share:

Sudah-Sudah..Cukup-Cukup..

cukup-cukup la kot join contest dan giveaway neh kot..
dah 4 mende alah neh aku join dalam 2 minggu neh..
gileee..
dulu nak buat mende alah neh pun..
aku rase malas..
MALAS yang amat....

dan aku tak tau kenape ntah banner kat sebelah neh besau-besau gedabak..
dan dah buat dah pun scroll segala tuu..
cume nampak kat IE je..
klu kat mozilla...
tak menjadi...

takpela..
t kalau rajin.
aku godek-godek ah balik buat scroll segala bagai tuu....

KALAU RAJIN ea...


pelikkenapamukaakubolehjadicomeymacamini..:p
Share:

GIVEAWAY PERTAMA DARI ABGTEROR : Jom Blogwalking Contest

ads


TARIKH MULA: 23 Februari 2011
TARIKH TUTUP: 23 Mac 2011
PENYERTAAN: Semua Yang Berminat
SEBARKAN SEKARANG UNTUK PENYERTAAN!!!

SYARAT PENYERTAAN:..........

Mestilah warga Asia Tenggara, tidak menggunakan auto blogwalking, tidak hisap dadah, tak buat maksiat, tak minum arak, solat jangan lupa yea, tidak pernah menderhakai kedua ibubapa, tak pernah buang bayi, tak pernah lumba haram, tak terlibat dengan masalah sosial, tak ponteng skolah dan tak pernah pecah rumah. Kalau nak folow, folow la....lau tak pun still sah penyertaan.

Cara-cara Penyertaan:
1. Ambil banner dan pamerkan ke blog anda selama kontest ini berlangsung.
2. Abgteror tak wajibkan sesiapapun untuk membuat entry atau tag rakan. (kalau nak alhamdulillah, syukur, tuhan jea yang dapat balas jasa baik anda) Abgteror benarkan untuk copy paste post ini.
3. Cara blogwalking mestilah melalui klik banner yang diberikan. (untuk mendapatkan referal blog, bukan dari shoutmix)
4. Abgteror mungkin akan kurangkan bw untuk tidak berlaku ketidakadilan. (bukan sombong)
5. Pemenang akan ditentukan mengikut jumlah link terbanyak dalam stat refferal.
6. Sila sahkan penyertaan anda di ruangan komen.

HADIAH??..

Seorang pemenang yang telah dinilai akan memenangi Jersi Negara atau Kelab pilihan sendiri ( Kualiti Al-Ikhsan ). Hadiah akan dipos kepada pemenang. Kalau pemenang di Kuala Lumpur atau Puchong atau Perlis sahaja yang akan dihantar sendiri oleh abgteror. Bagi peserta dari Indonesia, beri masa sikit ok. Hadiah buat pemenang ke-dua dan ke-tiga akan dipertimbangkan.

selanjutnye...
boleh je anda-anda semua ke blog abang teror neh..
ponek den copy paste dah neh..
eh..copy paste pon ponek ko?..


Share:

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" . copy daripada datindee

copy dari datindee

[ Info yang bagus untuk dikongsi bersama ~ ]

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?
apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Baik gunakan... ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ; Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kirim salam maut kat dia yer". ~~ Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya..
Share:

Malam Tadi Mimpi Kucing Hitam


yesh..
malam tadi aku mimpi kucing hitam..
kucing hitam dalam kotak..
dah le aku neh agak gerun dengan kucing..

pernah le mase belasan tahun dulu..
kakak aku g dajal kurungkan aku dalam bilik bersama anak kucing yang baru lahir..
menangis terjerit-jerit aku dibuatnya...
fuhhh....memang rase nak pengsan semua..

so dalam sibuk buat keje..
maka aku pun gugel la penafsiran mimpi tersebut...
ada macam-macam tafsiran..
ada yang baik..ada yang buruk..

1. Mimpi tentang kucing hitam, atau melihat seekor kucing hitam mendekati anda, dianggap sebagai petanda buruk pada suatu masa; bagaimanapun, ini semakin diperlihatkan sebagai nasib baik pada masa sekarang. - wikipedia.org

2. Kucing hitam: tanda bahaya. - rahsiamimpi.blogspot

herm..lebeh ke petanda buruk je kan.....tapi takpe..Mohon ALLAH lindungi aku hambaNYA yang lemah ini..AMINNNN...
Share:

February 22, 2011

1st Give-Away By Deekuntum


yeay..
asek join contest jek..
jom join Give-Away pulak dari Dee Kuntum neh....

Antara syarat-syarat untuk menyertai giveaway dee neh adalah..

1. Mesti menjadi follower blog dee.
DONE

2. Mestilah warga Malaysia..
OPECOZ LA RAKYAT MALAYSIA..NAK IC KER?

3. Buat 1 entry mengenai GA ini..
SEDANG BUAT LA NEH..

4. Letakkan BANNER di sidebar blog anda dan backlink ke entry ni.
JAP LAGI DEN LOTAK..

5. TAG 2 rakan anda.
huny
YangQistina


6. Akhir sekali jangan lupa tinggalkan url 'contest' dan alamat emel di bahagian komen entry ini.
JAP LAGI G TINGGALKAN JEJAK

7. Tarikh tutup 28hb Februari 2011 tepat jam 12 malam.
LAGI 6 HARI LAGI

8. Undian akan dibuat melalui random.org, cabutan pertama dpt hadiah no 1 dan seterusnya sehingga 3 pemenang dipilih.
BAIK

9. Keputusan adalah muktamad. Segala bantahan tidak akan dilayan..
DEN PUN TAK KOSE NAK BANTAH-BANTAH

so jom la kengkawan..kita juin..juin je...ce join..ce join..hikhikhik..tak rugi apa-apa pun..
Share:

February 21, 2011

Dia Bukan Anakku


comey kan...macam AUNTY D dia kan.. :p


aQil wif Aunty D..

Aunty D dah ajar AqiL macam-macam posing..hehehehe



hee..aQil rase nak tidO laa bila dapat "tilam empuk" aunty D...



nak nengok gambar aqil masa kecik.. -> SINI
nak tahu siapa ibu aqiL -> SINI
Share:

February 18, 2011

February 17, 2011

"Count The Jelly Contest & Giveaway"

yeah..yeah..
jom kite join contest!!!..

kali kedua aku join contest sepanjang berblog...
:p

kali neh contest dari Mama Liza...



Syarat-syarat penyertaan :

1. Follow Mama Liza blog and lagi satu blog mama liza
2. Buat satu entry bertajuk "Count The Jelly Contest & Giveaway"
3. Di dalam entri korang, letakkan berapa jumlah jelly yang terdapat di dalam balang tersebut.
4. Copy banner dan letakkan pada sidebar blog korang.(linked to this blog k)
5. Tinggalkan url entri korang di comment box Mama Liza beserta id follower sebelum atau pada 15 Mac 2011.

Itu saja!


AKU TEKA ADA 12 JELLY
Share:

February 16, 2011

February 14, 2011

Adik Aku Sudah Ada Belog..Dan Ape Peranan Aku Sebagai Kakak??..



tade berperanan langsong!..

aku tukang create blog je..
yang laen-laen semua dia buat..

nuffnang pon aku tak ajau dia..
dia pon tak taw kot pasal nuffnang..
kang kalau aku sebut pasal nuffnang..
jenuh lak aku nak mengajau dia..
aku bukan pandai nak mengajau orang..
cepat boring..

dan dia pun dah jadi follower aku..
senyap-senyap je dia follow aku..
sebab aku memang tak penah kasi url blog aku..
dia dapat kesan pon sebab aku lupe nak sign out dari laptop dia..
cissss...cepat nau bertindak!!..

korang takyah la nak baca blog dia..
bukan ada ape-ape pon..
miahahahha..
*dia pon cakap belog aku biasa-biase je...
haha..hati same keji adik beradik neh...


Share:

Contest KAU Cinta Pertama AKU


uff..
aku tak juin pown..
aku cume nak warwarkan jeee cem adik aku neh - fatin..

nak mengarang dan mengingati kisah dulu aku macam tiade mood sekarang..
dan virus malas tengah melanda...

tapi bagi korang yang rajin dan hati tengah bunga-bunga..
meh join contest ini..
tarikh tutup 28 Febuari 2011

JOIN LEEE...
jangan jadi malas macam aku..

eh..click gambau tau kalau nak join contest tuuu...

Share:

Cinta Febuari

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....


~sumber dari emel..~

aduhai..Ya ALLAH..elakkan dari diriku lalai hingga sebegini jadinya...



sekadar entry yang digunapakai balik....
Share:

February 11, 2011

Rayyan Fantasi - Ramlee Awang Murshid


dah nak sebulan kot aku beli novel ini..
yeSh..
aku memang suke novel RAM neh dari novel cintan cintun yang memeningkan kepale hotak aku nak baca..yang memedihkan mata aku untuk menangisi jalan cerita yang sedeh..

baek layan cerita RAM nehhh..
puas hatiiiiii...
ada je perkara yang berlaku di luar jangkaan kita..
rase macam RAM ini tersangatla genius orangnyerrrrr...

disebabkan aku neh tak pandai nak huraikan sangat ape yang aku baca..
meh korang baca sinopis cerita ini..

Sinopsis Novel Ini

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.


cerita ini sangat besh!!..
beli laaa..
mesti tak menyesal!

aku amek sinopsis dari SINI - laman web RAMFC
Share:

February 10, 2011

Cerita Si Ahmad Bukhary



aku nak cite pasal abang si isha neh..
ahmad bukhary namenyer...


mase cuti balik kampong hari tuu..
bawak beliau pergi ke kedai bersama mak acu nyer dan kakak miminyer dah isha sekali..

aku dok tunggu dalam kete bersama ahmad dan isha..
sementara mak ucunyer pergi ke kedai di seberang jalan bersama kakak miminyer...

tiba-tiba aku teringat nak beli suratkhabar..
maka aku jerit..

"pizaaaaaaaa...beli paperrrrr"..

adik aku macam tak dengar..

banyak kali gak ar aku ulang-ulang ayat yang samee..

lepas tuu tetibe ahmad bersuara..

"mak cuuuuuuuuuu....beli pad!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

ufffff...
macam nak pingsan aku disitu...
Share:

Gile Banyak Kerja Part II

rentetan yang INI..
berlaku lak part II..

sekali lagi akurasamacamakusorangjekerjakatdunia neh

pagi tadi je dapat senafas baca blog kengkawan..
lepas tuuu bernafas pergi membuat kerja..

tapi tadi sempat jenguk facebook sekejap..
buat status seperti di bawah
Cinta Sejati Seperti Hantu..Ramai Orang Bercerita Mengenainya..Tapi Hanye Segelintir Yang Bertemu Dengannya.... ♥ Tiramisu ♥


Share:

February 8, 2011

Gile Banyak Kerja!..

aku bizi .
sangat bizi .
tapi korang kisah ke ? .

safee sali dah nak pindah untuk bermain di indonesia . .
*aku sedeh
dikatakan berpindah ke kelab tercorot di indonesia . .
ntah ape-ape media kat sini..
dok cakap tercorot pulak . .
cover-cover la sikit . .
*aku marah neh

mane tau yang tercorot di indOnesia itu setanding yang terhebat di Malaysia . .
kita tidak tahu . .

a.k.u p.e.n.a.t

kecohmacammengalahkanakusorangjebuatkejekatdunianeh
Share:

February 5, 2011

bye-bye kampong

esok nak balik selayang dah..
aku rase macam taknak duk kampong lame-lame.
bukan kejam bencikan kampong..
tapi taknak bersikap kejam kat badan aku neh..
makin duduk kampong..
makin bam-bam aku dibuatnyer..

tadi anak sedara candid aku..
sekali hamek kau..
aku rase cem aku syanie no dua saje..
gile gemok..
ufff..

*tak dapat terima hakikat betul!..
Share:

February 1, 2011

Kampung Sudah Panggil..


aku amek cuti esok..
jadi dapat aku berlama-lama di kampong selama 5 hari..

macam nak fotogedik di pantai je..

jadi bila da lame-lame bertapa di kampong..
kemungkinan blog akan terabai..

jadi sila rindui blog aku..dan kalau nak rindui aku pun boleh ~

*dia baca blog aku..hampir setiap hari..sudah-sudah la nak tahu hal aku..jgn nak jadi stalker sangat!..


sory la,aku terlupe nak rotate..
:P

dan aku terlupe sesiapa pon boleh baca blog aku..ape guna ada blog kalau nak marah-marah bila ada stalker...geli je nak marah~

Share:

Sukenyeee Bila Ramai Yang Komen Tapi............

aku lagi suke kalau yang komen-komen itu paham ape yang ada dalam entry aku..bukan hanye sekadar meninggalkan komen yang kadang-kadang tiada kaitan atau hanye sekadar baca sekali lalu tanpe memahami..


...

kalau korang..korang camne plak?..






contohnye seperti ini.
aku g tempekkan gambar yang tiada kaitan dengan entry ini..
tak ke rase macam ..
eh..apekah!
:p
Share:

1 Februari 2011



eh.. Febuari atau Februari?..
kompius!..

diam tak diam dah masuk bulan kedua Februari kan?..
sedar tak sedar sebanyak 41 entry aku buat untuk bulan Januari..
sungguh tak sedar..
tahu-tahu je bila masukkan widget neh ke sidebar..
terpampang 41 entry untuk Januari..

*semalam aku terlupe....terlupe yang tarikh semalam adalah anniversary aku dengan
DIA yang ke 8 tahun..
Share: