October 6, 2011

Kesetiaan Selepas Berkahwin


kesetiaan itu bukan bagi lelaki sahaja..malah bagi perempuan..seronok ke mengharap kasih orang bujang?.tidak terfikir ke  bila diri sendiri sudah diakadnikah, maka kasih, sayang, cinta, kesetiaan dan tanggungjawab hanya untuk pasangan masing-masing..

rasa hebat sangat ke bila mengharap kasih dari orang lain selain dari tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita  itu?..ape rasa nye kan..oh, sebenarnya aku masih tak layak lagi kan untuk berbicara tentang hal ini kerana aku belum berkahwin..tapi minta-minta lepas berkahwin, kasih dan sayang aku hanya untuk si dia yang telah mengenggam tangan tok kadi menyebut nama aku..INSYAALLAH dan AMIN..


kenapa kan?..bila kita bermasalah dalam rumahtangga kita mesti mencari seseorang untuk meluahkan.kenapa tidak berbincang dari hati ke hati..kenapa tidak boleh bertolak ansur malah lagi hebat,  mencari jantina yang berlainan untuk meluahkan....mana-mana orang yang bijak pandai pasti akan menasihatkan "carilah orang yang sama jantina untuk meluahkan masalah rumahtangga"..tapi selalu ada yang berfikir...ah..sama jantina tak memahami..tapi fikirla akibatnya dari meluahkan dan mengadu masalah rumahtangga tidak akan menyelesaikan masalah malah mungkin akibatnya lagi teruk..


pagi-pagi lagi aku dah membebel hal ini..sebab hati nih rasa sebal sangat dengan perlakuan bini orang dan suami orang yang masih tak menghargai status mereka....ah mungkin korang akan cakap "kau takkan paham sebab kau bujang dan kau tak mengalami apa itu masalah rumah tangga".....aku paham itu....tapi tolong doakan aku supaya dikurniakan pasangan yang boleh setia dan sayang dengan aku sehingga akhir hayat...aku taknak jadi seperti kamu-kamu yang lebih rela memburukkan pasangan masing-masing dari mengambil sikap berbincang dan duduk sama-sama bagi menyelesaikan masalah..


ah..mungkin ada yang beralasan..sudah duduk semeja..sudah berbuih mulut...tapi fikirla pejabat agama kan ada...sesi kaunseling kan ada...cubelah menyelesaikan masalah dengan landasan yang betul..jangan hanya tahu mencari kesalahan pasangan tanpa melihat kesalahan diri sendiri..


aku membebel di blog  bukan sebab si dia ada yang menganggu....tapi aku bercakap secara umum bila ramai di sekeliling aku yang begini..kasihan pada pasangan masing-masing..


fikirkan la..





Share:

1 komen:

sabree hussin said...

selalu sangat dengar kes perceraian timbul, mungkin salah satu penyumbangnya adalah apabila masalah rumah tangga tu kita story dekat orang yang tak sepatutnye