October 17, 2011

Bahaya Panadol.

sudah empat hari aku dalam proses bulan mengambang.....selama empat hari, tiga hari aku habiskan dengan makan panadol uphamol 650, panadol aktivefast...gara-gara sengugut dan sakit kepala amat sangat....terpakse amek..kalau tak, mahu aku meringkuk dalam selimut lepas tuu ke hulu ke hilir bawak perot dan kepala tak tentu arah dalam rumahku syurgaku ituu....yang paling hebat malam ahad, bila panadol aktivefastku habis, dan terpakse menelan ubat sakit kepala housemate..tak tau ape namenyeee....dan selepas itu tingtoNG!!..jam 9 malam tido sehingga la jam 12.30 hari keesokkannya..bangun-bangun terus nengok MELODI..perangai sangat MOLEK kan..huhuhu...


ramai orang cakap PANADOL bahaya...tapiiii....ape yang aku boleh buat selain telan panadol?...cube cakap.....paling bertahan pon sekejap je...lepas tu memang selalu standby panadol sepapan...dah macam ketagih dengan panadol, asal sakit kepala je..memang telan panadol...penyelamat buat masa sekarang tapi pemusnah masa akan datang..







JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...


"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

aku copy dari SINI
Share:

0 komen: