April 1, 2011

Hari Ini April Fools..Aku Tak Sambut..Tapi Aku Dah Terkena..Nyampah!!

pe cer..pe cer...

pepagi lagi aku dah terkene..
walaupun aku terkene sikit-sikit je..
tapi..
tetap april fools kan...

yang kenekan aku neh bukan islam..so takdehal la bagi dia nak kenekan aku kan.....tapi aku yang terkene neh camnee?...tak dikira sebagai menyambotnye kan..kan..kan..berape banyak "kan" aku nehhhh.....

dia : eh..nape dengan tudung u neh...
aku : nape kak?
dia : ada koyak laaa..
aku : *terus cuak gile..dengan pantas check tudung aku....aku kalau bab koyak ke ape ke..memang alert sket.yela..penat je aku mekap cecantik ari neh..eh..cantik ker?.....tapi tetibe tak perasan tudung koyak lak..tak ke malu......
dia : april fools!!*dia dah gelak dah kat belakang aku.....
aku : cisssssssssssssssssssss................................

camne la aku leh lupeee ari neh april fools..yang aku ingat..hari ni hari lahir ibu aqil jeeeee....terus rase down je hari neh bila dah terkeneee......nyampah taw!!....


korang tahu tak april fools neh takleh disambot??..
kalau dah tahu..okeh la ..
kalau tak tahu...meh aku kongsikan artikel ini..

Menurut sejarah, Fool’s Day atau April Fool mula diraikan sewaktu
kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada ,
Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam
terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang
Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam
bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang
keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di
pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian
lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah
meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada
keesokannya hari(1 April).

Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke
pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk
menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal
kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar
telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang
kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam
merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun
pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.


Share:

0 komen: