Saturday, March 05, 2011

Kelainan Corak Haid Petanda Awal Penyakit


aku sekadar mahu berkongsi...sebab aku salah seorang dari kaum perempuan di luar sane yang ada masalah tentang penyakit bulanan perempuan neh..tapi sekarang neh aku rase haid bukan sakit bulanan dah...huhu.haiks..dah 3 bulan dah aku mengalami mende yang same..nak jumpe doctor...aku malas sangat..mane taw tetibe je dapat tahu ngidap sakit bukan-bukan..tak sanggop nak hadapi..so meh di sini aku nak kongsi dengan kawan-kawan tersayang...baca yerp...



KEDATANGAN haid adalah proses fisiologi semulajadi wanita yang berada dalam lingkungan umur berupaya untuk mengandung. Namun, kitaran haid adalah proses kompleks membabitkan pelbagai jenis hormon dalam badan wanita.

Masalah kedatangan haid sering berlaku disebabkan oleh pelbagai unsur antaranya keturunan, kesan perubatan, ketidakseimbangan hormon dan juga masalah kesihatan seperti penyakit fibroid dan barah. Tetapi, adalah perkara biasa kitaran haid itu kurang normal sekali-sekala yang disebabkan masalah tekanan hidup. Bagaimanapun, masalah haid yang berpanjangan juga boleh mencerminkan masalah kesihatan yang mendalam.

Pakar Sakit Puan, Dr. Kim Wong, berkata wanita yang mengalami proses haid biasanya akan kehilangan darah sebanyak 35 mililiter (ml) hingga 80 ml iaitu bersamaan dua hingga enam sudu besar dalam tempoh tiga hingga tujuh hari. Terdapat dua jenis masalah kedatangan haid iaitu haid yang terlalu banyak dan haid yang terlalu sedikit.

"Terdapat empat peringkat kedatangan haid yang terlalu banyak iaitu Menorrhagia, Metrorrhagia, Polymenorrhea dan Metromenorrhagia. Menorrhagia membabitkan pendarahan terlalu banyak ketika haid iaitu lebih dari 80 ml atau tempoh haid yang berpanjangan sementara Metrorrhagia ialah pendarahan dalam tempoh di antara haid."

"Masalah kedatangan haid terlalu kerap iaitu selang kitaran haid kurang daripada 21 hari dinamakan sebagai Polymenorrhea manakala Metromenorrhagia iaitu pendarahan yang banyak dan kerap serta tempoh yang tidak tetap," katanya.

Pendarahan yang banyak boleh menyebabkan anemia iaitu tahap hemoglobin yang rendah. Kesan anemia dapat dilihat antaranya wajah menjadi pucat, keletihan serta sering mengalami jangkitan penyakit.

"Haid yang terlalu kerap boleh menambahkan risiko jangkitan bakteria pada kemaluan jika kebersihan diri tidak dijaga rapi. masalah haid yang berpanjangan biasanya mencerminkan masalah kesihatan atau penyakit sakit puan yang serius seperti barah rahim dan jika tidak dirawati boleh memudaratkan keadaan. Oleh itu, wanita yang menghadapi masalah haid yang berpanjangan dinasihatkan berjumpa pakar sakit-puan segera untuk pemeriksaan lanjut. Masalah haid yang berpanjangan juga antara tanda awal terhadap masalah sakit puan," katanya.

Dr. Kim ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini, berkata masalah haid yang terlalu sedikit atau ketiadaan haid pula mencerminkan masalah kesuburan dan ketidakseimbangan hormon. Terdapat tiga jenis masalah kedatangan haid yang terlalu sedikit iaitu Hypomenorrhea (pendarahan yang terlalu sedikit iaitu kurang daripada 35ml); Oligomenorrhea (kedatangan haid yang jarang iaitu selang kitaran haid melebihi 35 hari) serta Amenorrhea (iaitu tiada kedatangan haid untuk tempoh lebih dari 6 bulan).

"Masalah kedatangan haid juga berlaku di kalangan wanita muda remaja. Bagaimanapun, biasanya masalah sakit puan yang dialami berlainan mengikut peringkat usia. Wanita berusia bawah 20 tahun akan mengalami ketidakseimbangan hormon yang biasanya disebabkan oleh ovari yang belum matang selain mengalami tekanan psikologi yang disebabkan oleh peperiksaan sekolah, contohnya.

"Wanita pada usia 40 hingga 50 tahun biasanya mengalami ketidakseimbangan hormon yang disebabkan oleh perimenopausal (masa transisi sebelum terjadinya menopause) dan endometrial hyperplasia (pra-kanser). Bagi wanita pada usia 50 tahun ke atas pula mengalami endometrial hyperplasia (pra-kanser) dan kanser," katanya.

Katanya, wanita boleh ceria ketika mengalami haid dengan mengambil langkah positif seperti melakukan senaman, menjaga pemakanan sihat dan seimbang, tidur dan rehat yang mencukupi serta berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.


FAKTA: Haid yang terlalu banyak


■Menorrhagia - pendarahan terlalu banyak (lebih daripada 80ml) atau tempoh haid berpanjangan.

■Metrorrhagia - pendarahan dalam tempoh di antara haid.

■Polymenorrhea - kedatangan haid yang terlalu kerap (selang kitaran haid kurang dari 21 hari).

■Metromenorrhagia - pendarahan yang banyak dan kerap serta tempoh haid tidak tetap.

FAKTA: Haid yang terlalu sedikit


■Hypomenorrhea - pendarahan terlalu sedikit (kurang daripada 35 ml)

■Oligomenorrhea -kedatangan haid yang jarang (selang kitaran haid yang melebihi 35 hari).

■Amenorrhea - tiada kedatangan haid untuk tempoh lebih daripada 6 bulan.


FAKTA: Usia wanita berlainan mengalami masalah sakit puan yang berbeza-beza


■Bawah usia 20 tahun - ketidakseimbangan hormon disebabkan ovari yang belum matang dan tekanan psikologi.

■Usia 20 hingga 30 tahun - ketidakseimbangan hormon disebabkan tekanan psikologi; Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) iaitu keadaan folikel yang terdapat di dalam ovari tidak menjadi matang, gagal untuk mengeluarkan telur dan menyebabkan masalah kesuburan.

■Usia 30 hingga 40 tahun - ketidakseimbangan hormon disebabkan tekanan, PCOS, fibroid atau polip pada rahim, endometriosis (tisu selaput rahim tumbuh di luar rahim) dan endometrial hyperplasia iaitu peringkat pra-kanser dinding rahim.

■Usia 40 hingga 50 tahun - ketidakseimbangan hormon disebabkan perimenopausal (masa transisi sebelum terjadinya menopause) dan endometrial hyperplasia (pra-kanser).

■Usia 50 ke atas - endometrial hyperplasia (pra-kanser) dan kanser.


INFO: Wanita boleh ceria ketika mengalami haid dengan mengambil langkah-langkah berikut


■Lakukan senaman - kajian menunjukkan wanita yang kerap bersenam mengalami kurang tekanan dan ketidakselesaan haid. Mereka juga mempunyai tempoh haid yang lebih pendek dan pendarahan yang kurang semasa haid.

■Pemakanan sihat dan seimbang - pemakanan memainkan peranan penting dalam kesihatan haid dan hormon. Ketika haid, wanita kehilangan banyak air, darah, zat besi dan zat-zat galian penting yang lain. Zat-zat ini hendaklah diganti dengan mencukupi supaya badan wanita dapat mengekalkan keseimbangan fizikal dan mental.

■Tidur dan rehat yang mencukupi - ia penting bagi membantu proses pemulihan badan ketika haid.

■Ubat pencegahan kehamilan atau ubat hormon - digunakan sebagai rawatan serius untuk menyeimbangi hormon wanita. Ia juga digunakan untuk mengurangkan pendarahan ketika datang haid.

■Berjumpa doktor - sebarang masalah yang berpanjangan haruslah diperiksa doktor supaya mendapat rawatan yang betul.

aku jumpe maklumat ini di SINI

.

2 komen on "Kelainan Corak Haid Petanda Awal Penyakit"

Anonymous said...

Salam..sis..sy nk btnye sy nie mngalami haid yg sdikit sngt..tp bpnjgn..mcmane utk merawat dn ap puncenye ye sis??

InaYusoff on March 21, 2014 at 9:55:00 AM GMT+8 said...

wsalam dik..
alamak..akak tak boleh jawab la dik..
better g klinik ye dik...

 

[InaYusoff] Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez