January 19, 2011

Malu Ah Kalau Aku Jugak Jadi Seperti Mereka...


‘Berpesta’ pungut syiling atas lebuh raya

SEREMBAN: Menyedihkan apabila pengguna jalan raya seolah-olah ‘berpesta’ memungut syiling yang bertaburan di lebuh raya selepas kenderaan membawa wang itu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pengguna jalan raya termasuk wanita bagaikan tidak mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian.

Mereka dilihat memasukkan syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen yang bertaburan di tengah dan tepi lebuh raya ke dalam beg serta plastik dibawa.

Malah, ada antara mereka sanggup bersila di atas rumput dan asyik memungut syiling itu walaupun ‘pemilik’ duit berkenaan berada di lokasi kejadian menyebabkan pihak berkuasa menutup laluan selama lima minit bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati ada pengguna sanggup mempertaruhkan nyawa memungut syiling di tengah lebuh raya tanpa mempedulikan kenderaan lalu lalang.



korang-korang nak jadi macam dorang jugak ke? even itu dikatakan rezeki terpijak tapi jangan la macam kebulur sangat..bukan hak milik kita pon.....serius terperanjat bila rakyat malaysia macam ini pon ada....haiks...APA PERASAAN MEREKA YER SETELAH MENGAMBIL DUIT SYILING TERSEBUT YANG NYATA-NYATA BUKAN HAK MILIK MEREKA?..

::takot nak amek duit yang terjumpe tepi jalan..takot nanti dapatnye RM10...t duit kita hilang RM100...::

cerita lanjut di : www.hmetro.com.my
Share:

3 komen:

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

betul..

pernah dengar...jangan ambik barang yg bukan kita punya...nanti tak pasal2 barang kita hilang...

.::WaNiE::. said...

tidak akan turun untuk menyesakkan keadaan.

agak malu di situ

adakah duit yang dikutip itu dihalalkan?

tak naklah. huhuhuhu

MisZ DeAnNa said...

hissyyy..

teroknye perangai..