Followers

November 11, 2010

Maklumat Mengenai Sakit Kuning atau Jaundice

baby aqil iaitu putera kepada si gedik a.k.a puan azura fizal didapati mengalami demam kuning .. 2 kali masuk wad....dan disini aku kongsikan maklumat mengenai sakit kuning atau jaundice ini..

------------------------------------------------

Sebenarnya tidak ada langkah2 pencegahan yang boleh diambil oleh ibu semasa mengandung atau selepas sahaja melahirkan anak yang boleh menghalang kejadian jaundice ini tapi pengambilan makanan semasa mengandung mungkin menyumbangkan penyakit ini. Elakkan dari mengambil makanan yang berjeruk spt asam, jeruk kedondong dsbnya. Untuk bulan2 terakhir amalkan pengambilan susu kambing (tablet/susu tepung boleh didapati difarmasi2 kalau susu segar susah utk diperolehi), ini mungkin boleh membantu.Ini ada sedikit maklumat tentang demam kuning pada baby dari pembacaan saya yang mungkin boleh berkongsi dengan anda semua atau untuk mengetahui lebih lanjut lagi silalah mengunjungi laman web Demam kuning atau dalam istilah perubatan dipanggil neonataljaundice/physiological jaundice sangat kerap berlaku pada bayi baru lahir.Dianggarkan lebih daripada 50% bayi mengalami keadaan ini. perkataan jaune ini diambil dalam bahasa peranchis yang bermakna kuning.Tanda-tandanya boleh dilihat dengan melihat warna kulit bayi yang menjadi kuning. Selain daripada itu, mata putih bayi juga kelihatan agak kuning. Selalunya ia bermula pada hari kedua dan ketiga selepas kelahiran dan menjadi semakin teruk pada hari keempat. Kebanyakannya akan sembuh/hilang dalam masa sepuluh hari.Demam kuning ini berlaku disebabkan oleh bahan kumuhan sel darah merah yang dinamakan bilirubin. Semasa dalam kandungan bahan kumuhan bayi dibuang melalui placenta. Setelah bayi dilahirkan, fungsi2 badannyabergantung kepada hati(liver) bayi tersebut. Hati amat penting untukmembuang bahan-bahan toksik, kumuhan dsbnya. Hati bayi yang baru lahir tidak sempurna sepenuhnya. Oleh itu pembuangan bilirubin tidak secekap org dewasa oleh itu hasilnya bilirubin ini berkumpul dalam badan bayi dan ini lah yang menyebabkan terjadinya penyakit kuning.Selalunya keadaan ini tidak merbahaya dan ia akan sembuh tetapi sekiranya ia semakin teruk atau tidak sembuh rawatan lanjut adalah diperlukan segera. Ianya dapat dikenalpasti sekiranya warna kuning kulit bayi tidak baik selepas beberapa hari atau paling lama dua minggu. Antara tanda lain ialah bila sakit kuning ini semakin merebak dari bahagian kepala ke bahagian2 badan lain. Ini mungkin terjadi bila bilirubin semakin banyak dihasilkan dan pembuangannya dari sistem badan adalah lambat. Sekiranya terjadi, paras bilirubin di dalam badan akan meningkat ke tahap toksik dan boleh menyebabkan kerosakan pada sel otak.



baby aqil baru je keluar wad hari ini...alhamdullilah..tapi tetap perlu dipantau sehingga hari ke 21...

hope
baby aqiL kuat untuk lawan sakit ini dan ibu aqiL pon kena kuat jugak!!...



Share:

5 komen:

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

baby aqil ~ semoga cepat sembuh k...


=D

Amy Syaquena said...

nice info n good sharing..semoga baby aqil cepat sembuh, amin

Wanita Mutalib said...

semoga dia cepat sembuh..

thanks for the information :)

SaYa iNsaN bIasE said...

alahai kesiannya...
xctually, nak kongsi jugak dengn mica yang anak2 sedara cha tiga2 orang sume kene jaundis. yang paling teruk yang sulung, yaya tue. Dulu, sampai masuk hospital. Kne duduk dalam inkubator.Dengar2 nya orang tua kata, bagi minum susu kambing. insyaallah okeh...

armouris said...

lagi info tentang bayi kuning di SIHAT SELALU - Penyakit Bayi Kuning