Followers

October 28, 2010

Ini Entry Agak Sedih...

tadi aku singgah blog suami kak viruspadu a.k.a kak jemah iaitu encik laloque...

terbaca entry ini PERSEPSI..

SEBAK..

teringat bonda..
yang selalu suruh aku tolong adik aku dapatkan kerja di jabatan yang sama dengan aku..

teringat bonda yang selalu kata nak jumpe orang itu orang ini untuk adik aku tuh dapat keje..

sungguh besar harapan bonda aku kan..

teringat ada satu tika dulu..bila nama adik aku tersenarai dalam interview di jabatan aku tapi surat lambat sampai....

terus aku dengan susah payah jumpa orang yang menemuduga supaya adik aku dapat interview keesokkan harinya..

tapi..
agak hampa..
hasrat aku dipandang rendah oleh penemuduga tersebut..
dikatanya aku nak heret semua kaum keluarga aku kerja di sini..

rase nak pecah dada neh..

adik aku hantar borang bukan melalui aku..
melalui pos biasa..
takde aku nak terhegeh-hegeh pergi hantar borang ke bahagian yang terbabit lepas tuh mengemis supaya adik aku dapat tawaran interview..
tak de langsong!!..

dan bila adik aku dipanggil interview bukan disebabkan aku yang mengemis tetapi disebabkan beliau tak dapat surat..
aku rase aku perlu mengemis untuk dapatkan interview itu untuk dia..
sebab adik aku ada hak untuk itu...
seperti orang laen...
bukan atas sebab dia adik aku...
korang paham tak?...

peluang kan?..
bila antara ribu-ribu yang menghantar borang permohonan menggunakan pos..
dan adik aku tersenarai..
aku rase dah cukup bersyukur...
dan aku akan rase rugi kalau peluang itu dilepaskan..

dan sekarang...
keputusannya..
adik aku tak dapat pon kerja di jabatan aku..

takpela..
sekurang-kurangnya..
dia dah lepas interview..
rezeki lepas tuh aku taknak komen lebih-lebih..
dia dah usaha..
mungkin rezeki itu bukan milik dia setakat ini..
:)

**penemuduga yang memandang remeh terhadap aku itu mempunyai ramai sanak saudara di jabatan aku ini.. :)


Share:

1 komen:

dee ridzuan said...

memang tuu laa yang kita alami cik donat bila nak tanya status interview adik ke apa ke...padahal kat hq tuu berlambak sepupu sepapat dia cuma nenek jer tak ada! huh