Followers

August 2, 2010

Sijil halal Hotel Grand Season Kuala Lumpur ditarik

KUALA LUMPUR: Penarikan sijil pengesahan halal Malaysia Hotel Grand Season Kuala Lumpur berkuatkuasa serta-merta kerana melanggar piawaian Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Menurutnya, penarikan balik sijil terbabit adalah kes pertama bagi hotel di ibu kota pada tahun ini.

“Kami sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada hotel terbabit.Secara umum, antara sebab penarikan ialah hotel terbabit menggunakan barang yang tidak dibenarkan dan beberapa prosedur lain tidak dipatuhi.


“Namun, kalau mengikut prosedur ditetapkan, selepas langkah pembetulan diambil hotel berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Jakim dan kalau panel berpuas hati, kami boleh menimbangkannya semula,” katanya.


phewwwwww..dah lar selalu buat program kat situ..apekah ini......lepas neh GRAND SEASON kompom akan diblacklist!!
sumber dari harian metro
Share:

1 komen:

miss faten said...

ARK!!
confirm pasni banyak yg menyusul =___= langkah terbaik?? MAKAN DI RUMAH ^^