June 30, 2010

Tak Sayang Nyawa....ish...Park Yong-Ha Bunuh Diri ( Winter Sonata )



ke stress jadi artis neh sampai bunuh diri????...

senangnyer dia tentukan nak mati bila..terus bunuh diri..tak sayang ape yang dia dah ada...dah puas hidOp agaknyer...

SEOUL, 30 JUN 2010: Pelakon drama bersiri Winter Sonata, Park Yong-Ha ditemui mati tidak bernyawa di kediamannya di Nonhyung-dong, Seoul. Pihak polis percaya, Park mati akibat bunuh diri. Tubuh Park telah ditemui sekitar jam 5.30 pagi (waktu tempatan di sana) hari ini, oleh ibunya sendiri.

Laporan Yonhap News hari ini menyebut, keluarganya mendakwa sebelum membunuh diri, aktor dan penyanyi top Korea Selatan sempat mengirimkan SMS kepada ayahnya yang sedang bertarung dengan sakit kanser perut.

SMS yang dihantar itu berbunyi: "I'm Sorry. I'm Sorry".

Park yang kini berusia 33 tahun bagaimanapun tidak meninggalkan sebarang surat perpisahan.

Menurut pihak polis Metropolitan Seoul pula, Park telah membunuh diri dengan menggantungkan dirinya menggunakan kabel charger telefon bimbit. Namun, motif di sebalik tindakannya membunuh diri itu masih tidak diketahui lagi.

Hingga saat ini, pihak polis masih lagi melakukan penyelidikan lebih lanjut tentang tragedi yang mengejutkan itu.

Park memulakan kerjaya seninya bermula pada tahun 1994. Namun, namanya mula meningkat naik di Korea dan Jepun setelah dia membintangi drama bersiri Winter Sonata pada 2002.

Lanjutan daripada itu, Park turut membintangi 3 buah filem. Yang terakhir adalah The Scam yang telah ditayangkan pada 2009.

Tidak hanya setakat itu, Park juga popular sebagai penyanyi. Selain melancarkan beberapa album di Kora dan Jepun, dia juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Japan Gold Disc Awards bagi kategori Artis Asian Terbaik, Lagu Sepanjang Tahun serta Anugerah Istimewa Japan-Korea Friendship Year 2005.

Dengan kematian Park yang tidak diduga itu, banyak pihak telah menyuarakan rasa khuatir mereka terhadap kes bunuh diri di Korea Selatan. Ini kerana, negara tersebut telah mencatatkan kadar kes bunuh diri yang semakin meninggat sejak beberapa tahun kebekalakangan ini.

Pada 2 Oktober 2008, artis terkenal Choi Jin-Sil juga ditemui telah menggantungkan diri di bilik mandi rumahnya.Sebelum itu, pada 8 September 2008, suaminya, Ahn Jae-hwan yang merupakan pelawak terkenal ditemui mati di dalam keretanya.

Tubuh Choi Jin-Sil telah ditemui oleh adik lelakinya, Choi Jin-yeong. Dia yang turut melibatkan diri sebagai aktor dan penyanyi kemudian telah mengambil keputusan untuk membunuh diri pula pada 29 Mac lalu.

Kematian Choi Jin-yeong itu dipercayai berpunca akibat daripada rasa tekanan dan depresi setelah kematian kakak tersayangnya.



berita dan gambar dari : murai.com
Share:

2 komen:

Yuni Aisyah said...

ish2..sampai cantu sekali..suke2 je nak bunuh diri sendiri...ermm..

.::WaNiE::. said...

dh 4 blog aku bukak semua entry yg sama

hahahaha