May 21, 2010

JAHANAM PUNYA LAWAK

PAGI TADI DI OPIS, DALAM PUKUL 9, SEDANG GUA COVER LINE KLIK FACEBOOK SIKIT
SIKIT, APAN MUNDAR MANDIR BELAKANG GUA DENGAN MUKA KUSUT MASAI.

DARI TADI GUA TENGOK APAN HILANG PUNCA DI SEKITAR SEKTOR OPERASI. MUKA MACAM ADA MASALAH.

"LU KENAPA NI APAN?" -
GUA TANYA DEMI MEMINTA KEPASTIAN. GUA DENGAN APAN
NI KIRA NGAM JUGA LA. BUDAK KEDAH, UMUR MUDA SIKIT DARI GUA DAN TAK BERAPA
HENSEM. KALAU TATAP MUKA DIA LAMA LAMA BOLEH NAIK
MENYAMPAH JUGA.DIA BARU SETAHUN KERJA DENGAN KOMPENI GUA. SEBELUM MASUK
SINI, APAN BANYAK HENDEL BISNES SENDIRI DAN SELALU RUGI.

"MAK GUA HILANG LA.." -
APAN BERBISIK PERLAHAN.

GUA PUNYALA TERPERANJAT!

"MAK LU HILANG?, BILA HILANG?" -
DADA GUA TIBA TIBA MENGEPAM KELUAR
MASUK
LAJU LAJU. BERDEBAR TAK PAYAH CAKAP LA, KENCANG MACAM KUDA.

"PETANG SEMALAM..DAH CARI MERATA TAK JUMPA".

APAN BERLALU MENINGGALKAN GUA MENUJU KE BAHAGIAN BUDAK BUDAK HUMAN
RESOURCE.
GUA TAK TAHU APA BENDA YANG DIA SEDANG FIKIR DALAM KEPALA. GUA NAK TANYA
LEBIH LEBIH RISAU KENA PUKUL PULA.APA YANG GUA
TAHU SIKIT SIKIT, MAK DIA MEMANG DUDUK RUMAH TAK KERJA, AYAH DIA KERJA
PENOLONG KANAN LAGI DUA TIGA TAHUN NAK PENCEN.

****
KIRA KIRA LIMA BELAS MINIT KEMUDIAN, DARI JAUH GUA NAMPAK APAN BERJALAN
SEMULA MASUK KE SEKTOR OPERASI. KALI NI MUKA DIA TAK KUSUT MACAM TADI
DAH,
SEBALIKNYA CERIA MACAM MUKA LAN KUMPULAN THE
TYPEWRITER.

"MAK GUA DAH JUMPA.." -
KELEGAAN JELAS TERPAMPANG DI BIBIR APAN.

GUA CEPAT CEPAT BERSYUKUR:

"ALHAMDULILLAH...JUMPA KAT MANA?",

DAN DENGAN PENUH KECERIAAN, JUJUR, IKHLAS, TAWADDUK SERTA WAJAH DISINARI
WARNA WARNI RAMA RAMA YANG TIADA BELAS KASIHAN PADA GUA, APAN MEMBALAS
PADU:


"DALAM SINKI PENTERI."


GUA TERUS TENDANG KOMPUTER SAMPAI BERSEPAH ATAS LANTAI.

"HAWAU!"

MUG LA APAN..MUG..!!,
PRONUNCIATION MACAM JAHANAM!

SIA SIA GUA BERDEBAR. PAGI PAGI SUDAH BIKIN HATI MEMBARA.
hahahahahahaha
::apdet : lupe nak bagitau..neh aku copy paste dari emel..tp cayangku si wanie gtau..ini adalah hasil dari fdausamad ..ampunn..
Share:

8 komen:

.::WaNiE::. said...

kredit sikit beb kat penulis citer ni

http://fdausamad.blogspot.com/

deatH_luVer said...

opss..aku terlupe nak bagitau..
neh aku copy paste dari emel...
huhu..
sowy2....

m a h e y r a said...

hawau laa sgtt !!
hakhak !
ak da guling pegang perut ketawa .
adoii ;p

M U G = M A K ?
wakakakak

aku mahu jadi pelita said...

giler la.. serius je aku baca.. maklum la skang banyak kes mak buang anak, anak buang mak... macam feling2 nak maki dah mak pun boleh hilang...
nah kau tergelak besar aku... siot la

kredit untuk
http://fdausamad.blogspot.com/
dan
untuk tuan punye blog gak

deatH_luVer said...

maheyra..haha..takleh blah kan...aku pon gelak geguling...

pelita^^hahahahha.....adesh..jom kita same2 gelak besau...

tengS..

.::WaNiE::. said...

tau emel ni tersebar tp si pencopet copy paste tanpa kredit kat dia

penat org tu perah otak :P aku suke baca blog dia.

deatH_luVer said...

yeke...
ish..tak patot...
yeke..kalau ko dah suke baca..
mesti besh..
A.S.A.P aku g baca gak..

deatH_luVer said...

yeke...
ish..tak patot...
yeke..kalau ko dah suke baca..
mesti besh..
A.S.A.P aku g baca gak..